[VIDEO] “Saat sakaratulmaut, Hafiz cilik ini masih terus lantunkan ayat Al-Quran” Zul Handyblack Jentik Hati Netizen

satu klip video seorang kanak-kanak hafiz Al-Quran yang dikenali sebagai Osama Jundul Haq yang sedang tenat namun bibirnya tidak putus-putus mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran cukup meruntun hati netizen.

Bekas penyanyi kumpulan rock, Zul Handyblack memuat naik rakaman video itu di laman Instagram miliknya dan difahamkan ia berlaku pada Januari tahun lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Da’i Allah swt (@zulhandyblack) on

“Saat sakaratul maut, hafiz cilik ini masih terus lantunkan ayat Al-Quran. MasyaAllah, akhir hayat yang indah.”

Tonton videonya sampai habis

“Masya Allah… Detik-detik kematian sahabat saya, Osama Jundul Haq, Tahfidz Qur’an 3 juz. Putra Bpk Sanawi Pandeman.

“Di tengah menghadapi zakaratul maut bibirnya masih berdecak melantunkan ayat ayat Allah.

“Mencintai Alquran, Allah memuliakan cara kematiannya. Semoga husnulkhatimah wahai sahabatku,” tulis akun Balhot Kangeanisme Dotkom.

“Yaa Rabb izinkanlah kami meninggal dalam keadaan mengingat-Mu.. Jauhkan dari kematian yang buruk.. Aamiin.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
“Mari kita berlomba-lomba menyebar kebaikan.

“ALLAH bisa mematikan manusia dengan kebiasaan dalam kehidupannya…
Jadi kita mahu mati dengan cara apa?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Da’i Allah swt (@zulhandyblack) on

Rata-rata para pengikut Zul terkesan dengan video tersebut dan mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman.

Zul Handy Black atau nama sebenarnya Nurzul Suphia’an Sa’ban adalah bekas vokalis kumpulan rock kapak yang popular sekitar era 80an dan 90an iaitu kumpulan Handy Black yang popular dengan lagu Kau Yang Bernama Seri.

Zul Handy Black telah meninggalkan kumpulan Handy Black pada tahun 2005 atas sebab tertentu dan kini Zul kemudiannya bergiat dalam bidang lakonan seperti di dalam Santau, Kembar Siang dan lain-lain.

Zul kemudiannya meninggalkan dunia seni dan mula belajar tentang agama dengan lebih mendalam.