[VIDEO] “Saya bayarkan sewa sampai bila-bila” Rumah Usang & Kotor, Ustaz Ebit Lew Bantu Sedia Rumah Buat Keluarga Daif

Baru-baru ini, perkongsian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ketika turun mengagihkan bantuan kepada satu keluarga daif di Alor Star, Kedah telah mendapat perhatian warganet. Difahamkan, Ebit telah memberi bantuan keperluan harian termasuk menyediakan sebuah rumah yang disewa bagi meringankan beban keluarga berkenaan. “Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat…Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. [...]

Baru-baru ini satu perkongsian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ketika turun mengagihkan bantuan kepada satu keluarga daif di Alor Star, Kedah telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, Ebit telah memberi bantuan keperluan harian termasuk menyediakan sebuah rumah yang disewa bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

“Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat…Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah.

“Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan.

“Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni.

“Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau.

“Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali.

“Pakcik yang stroke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer.

“Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah.

“Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum.

“Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.,” tulisnya menerusi laman akaun Facebook.

Rata-rata netizen amat bersimpati dengan keluarga tersebut dan berterima kasih terhadap Ebit Lew yang sanggup turun padang membantu mereka.