[VIDEO] “Terpaksa belah dua,” Anak Tersangkut Dalam Mesin Basuh, Ibu Terpaksa Panggil Bomba

Setiap kanak-kanak yang membesar pasti banyak saja ragamnya. Kadangkala ibu bapa juga tidak dapat mengandai apakah yang ada dalam pemikiran mereka lebih-lebih lagi anak lelaki yang mempunyai sifat lasak.

Sama seperti kisah yang tular di TikTok apabila si kecil tersebut terlebih lasak sehingga ibunya terpaksa memangil bomba untuk menyelamatkannya.

Tular di Tiktok sepasukan anggota bomba bergegas ke temoat kejadian. Lebih mendapat perhatian netizen apabila terlihat susuk tubuh anak kecil yang terperangkap di dalam mesin basuh.

Di dalam video tersebut memaparkan pasukan bomba telah bertindak untuk membelah mesin basuh kepada dua. Perkara tersebut memaksa bomba menggunakan gergaji kecil yang dilihat begitu hampir dengan badan si kecil.

Pada awalnya anak kecil itu tidak menangis, namun akibat melihat terlalu ramai yang berada dekatnya tatkala ada peralatan tajam yang digunakan, dia pun menangis.

Kata ibu kepada Aiman, sebelum dia membuat panggilan bomba dia dan suami telah cuba menarik anaknya keluar namun tindakan itu gagal.

“Dia nak ambil mainan dalam mesin basuh, tapi badan tersangkut tak dapat keluar”

Jalan penyelesaian yang pihak bomba dapat lakukan adalah dengan membelah dua mesin basuh tersebut untuk menyelamatkan budak yang berusia 3 tahun itu.

Namun, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang membuat lawak denga situasi tersebut namun ada juga yang turut bersimpati oleh kerana mesin basuh telah dikerat menjadi dan tidak dapat digunakan lagi sehingga ada yang menawarkan diri untuk membeli mesin basuh yang baru kepada keluarga tersebut.

“Boleh saya dapatkan contact family adik ni? Nak belikan mesin basuh baru”

Tabik Abang Bomba

@walyhashimTag kawan2 yang ada anak kecil ##fypシ ##fypage

♬ Fade灵魂电音绝美吟唱 (69 Remix) – Alan Walker

Menerusi ke ruangan komen, ramai netizen yang bangga dengan pertolongan yang di berikan oleh Pihak Bomba bagi mengeluarkan budak tersebut.

Mereka juga berharap agar kejadian ini jadi pengajaran bagi budak tersebut.

“Nak selamatkan orang bukan sahaja setakat guna kepakaran. Teteapi juga kepintaran. Tabik abang bomba”