“Senyuman manis ramai cair,” Lelaki Ini Miliki 130 Ribu Pengikut Walaupun Tiada Konten

Aplikasi Tiktok kini menjadi kegilaan ramai apabila rata-rata menggunakan platform ini untuk berkongsi pelbagai jenis video hiburan seperti tips nasihat, isu-isu viral serta ada yang menonjolkan bakat terpendam malah ada yang menggunakan platform ini untuk mengusik orang disekeliling mereka.

Namun tidak disangka sebuah video spontan yang memaparkan dua orang lelaki sedang membonceng motorsikal di traffic light telah tular dan meraih perhatian netizen.

Video tersebut menarik perhatian warga net oleh kerana senyumannya yang manis dan tarian kecilnya di atas moto sebaik mendengar lagu yang dipasang di kereta sebelah.

Aksi itu telah dirakam oleh kereta yang berada disebelahnya dan ia telah mendapat lebih 5 juta tontonan di Tiktok.

Aksi spontan lelaki itu bukan sahaja mencairkan hati para wanita malah lelaki juga turut merasai kecomelannya. Dia seperti mempunyai aura tersendiri sehingga mampu membuat orang tertarik padanya.

Lebih mengejutkan apabila segelintir netizen sanggup mencari akaun peribadi pemuda ini di media sosial seperti Facebook.

Walaupun video berdurasi 13 saat itu beberapa kali dimuat naik oleh netizen namun ia tetap mendapat tontonan yang banyak sekaligus menjadikann lelaki itu seperti kegilaan ramai.

“nampak tak dekat sini yang hitam lagi menawan”

“lelaki funny perempuan auto suka, rupa letak tepi”

“Senyuman dia ni menunujukkan dia ni seorang yang penyayang, baik, anak soleh, dia hanya biasa je bila dipandang tapi sekali dia senyum terus cair”

“Siapa adik ni?Senyuman manis, renungan mata tajam, sporting dan kelakar habis auto terus hensem tak perlu try hard untuk jadi hensem, natural je dia”

Video tular di Tiktok

@ayah_amin##fypdoang

♬ original sound – Ayah_abdi

Itulah antara komen netizen mengenai dirinya hanya kerana senyuman manisnya itu.

Ada juga yang turut menyamakan lelaki tersebut dengan pelakon Fauzi Nawawi dari pandangan sisi mukanya dan rakannya seperti pelawak Saiful Apek.

Tidak hanya itu ada juga yang mengatakan lelaki tersebut tidak suka dirinya diberi perhatian sedemikian kerana dia telahpun berpunya, namun itu tidak menghalang netizen untuk terus meminatinya.

Tinjauan di laman Tiktok, akaun lelaki yang dikatakan di dalam video tersebut yang bernama Angah Akif telah mencapai 131,000 pengikut walaupun tiada sebarang konten.

Terbuktilah bahawa bukan rupa adalah segalanya namun aura seseorang itu yang membuatkan orang di sekeliling lembut hati dan cair apabila melihatnya.