[VIDEO] “Terima kasih anakanda Aiman,” Ibu Sebak Menantu Sudi Mengahwini Anak Hidap Barah Tahap 4

Betul kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan detik-detik bahagia bagi pasangan yang telah selamat diijabkabulkan.

Begitu juga dengan kisah pasangan ini, walaupun mereka diuji dengan masalah kesihatan, namun ia bukan penghalang untuk pasangan ini melayari bahtera perkahwinan.

Pengantin hidap kanser limfoma tahap empat

Menerusi perkongsian di laman Facebook oleh ibu pengantin perempuan iaitu Ct Norbaya Shaarani  yang meluahkan rasa syukur dan terharu apabila anak perempuannya sudah selamat diijabkabulkan.

Pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Fatihah Aireina telah disahkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat.

Apa pun yang Allah takdirkan, tentunya yang terbaik

Moga pasangan ini diberi kekuatan luar biasa menempuh alam rumahtangga

“Alhamdulillah, apa pun yang Allah takdirkan, tentunya yang terbaik. Terima kasih atas doa semua”.

“Moga pasangan ini diberi kekuatan luar biasa menempuh alam berumahtangga. Bahagia itu di hati, hadir dengan keikhlasan dan redha”.

Terima kasih anakanda Aiman menerima kami seadanya

“Maaf, tiada jemputan, hanya majlis tertutup serba ringkas. Terima kasih anakanda Aiman menerima kami seadanya”.

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan 

Difahamkan Fatihah Aireina bersama kekasih hatinya, Aiman Adam telah selamat diijabkabulkan pada 14 November yang lalu.

Dalam kesempatan itu, ibu pengantin perempuan berharap agar anak dan menantunya akan diberi kekuatan bagi menempuh alam berumahtangga.

Beautiful wedding, beautiful people and beautiful day

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian oleh ibu saudara pengantin perempuan iaitu Izyan Izdihar Shaarani turut berkongsi rasa gembira dengan perkahwinan yang terbina itu.

Malah, dia juga turut berharap orang ramai mendoakan supaya anak saudaranya itu akan diberi kekuatan dan sembuh dari segala penyakit yang dihidapinya.

Aiman, you are one in a million

“Congratulations my dear beloved niece Fatihah Aireina. Beautiful wedding, beautiful people, and definitely a beautiful day”.

“Keep having a great live ahead. Surrounded by all the people who love you. This time, literally surrounded”.

“To aiman, you are one in a million. Keep loving unconditionally, and welcome to our family”. 

Semoga nina cepat sembuh

“Semoga nina cepat cepat sembuh. Nanti boleh pergi holiday makan makan sampai gemok”.

“I love you. Sorry tak dapat datang. Nanti insyaallah habis PKPB ni cik anne balik sana jumpa you dan semorang k. Kau kan nina, baring pun lawo, haih”.

Mohon rakan-rakan doakan kesembuhan nina

“Dikesempatan ini, saya mohon jasa baik rakan rakan untuk turut sama doakan kesembuhan nina ya”.

“Kami semua sayang nina. She is a good, funny and cheerful girl. Terima kasih”.  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan ini dan menitipkan doa buat pengantin perempuan semoga beliau cepat sembuh.