Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun bernama Marshal dilaporkan hilang di Ponce De Leon, Florida.

Menurut kedua ibu bapanya, kanak-kanak ini istimewa kerana menghidapi autism, tidak boleh bercakap, malah tidak boleh berjalan dengan stabil.

Hanya pakai lampin pakai buang

Menerusi perkongsian di laman Facebook Walton County Sheriff’s Office, Marshal dilaporkan tiba-tiba hilang dan dia hanya memakai lampin pakai buang dan tidak berbaju ketika kejadian.

Ibu bapa Marshal yang mula menjadi sangat cemas dan mereka menghubungi polis berdekatan untuk mendapatkan bantuan mencari dan menyelamat anak lelaki mereka yang hilang.

Anjing turut hilang

Mereka juga mendapati kedua anjing mereka yang bernama Nala dan Buckwheat turut hilang.

Rentetan daripada kes itu, sepasukan polis dari Walton County dengan kerjasama saudara-mara, rakan dan jiran telah digerak untuk mencari Marshal di sekitar kawasan Ponce De Leon yang dikelilingi hutan.

Tempoh pencarian waktu emas setelah Marshal hilang telah ditetapkan. Sekiranya anak kecil ini tidak ditemui selepas waktu itu, akibatnya mungkin boleh menjadi satu bencana.

Keadaan Marshal yang autistik, situasi itu lebih membuat semua orang berasa bimbang.

Marshal pulang sendiri

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas pencarian bermula Marshal telah ditemui dengan selamat.

Salah seorang jiran menjumpainya berjalan dan turut melihat dua anjing mengekori Marshal dari belakang.

Kedua-dua anjing ini seperti penjaga Marshal, yang sentiasa melindungi tuan kecil mereka.

Marshal yang tidak berbaju dan hanya memakai lampin pakai buang diiringi dua ekor anjing keluar dengan selamat dari hutan.

Walaupun terdapat sedikit kekotoran di badan mereka, namun yang lain keadaannya kelihatan baik-baik saja.

Nala dan Buckwheat pelindung

Ibu bapa Marshal ternyata sangat bersyukur dan terharu melihat anak lelaki mereka telah pulang dengan selamat selepas dijaga dengan baik oleh pelindung terbaik bernama Nala dan Buckwheat.

“Mungkin Marshal telah keluar sendiri dari rumah sebelum menuju ke hutan dan kedua anjing itu telah mengejar selepas melihatnya dan mereka melindunginya di sepanjang perjalanan.” Kata ibu Marshal.

Tidak takut

Ketika ditemui, Marshal kelihatan bersemangat dan tidak takut sama sekali, seolah-olah dia hanya pergi bermain.

Ternnyata keluarga ini amat bertuah kerana memiliki dua ekor anjing pelindung yang begitu setia dan sedia berkorban untuk menjaga si kecil Marshal.


Rata-rata netizen bersyukur dengan kejadian tersebut dan menyifatkan Nala dan Buckwheat adalah wira sebenar.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.