[VIDEO] Tergantung Di Dalam Lif, Budak Pakai Tali Keselamatan Direntap Lif Bergerak

Seorang kanak-kanak di China berjaya diselamatkan selepas tergantung selama hampir 2 minit di dalam sebuah lif di bandar Daye, Hubei, China. Rakaman yang memaparkan kanak-kanak itu sedang tergantung berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV yang terdapat di dalam lif terbabit. Menurut laman web People’s Daily China, insiden itu mula berlaku selepas kanak-kanak tersebut melangkah masuk ke [...]

Seorang kanak-kanak telah tergantung di dalam sebuah lif selama beberapa minit di bandar Daye, Hubei, China.

Satu klip yang memaparkan kanak-kanak itu sedang tergantung berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV yang terdapat di dalam lif terbabit.

Menerusi laporan laman web People’s Daily China, insiden itu mula berlaku selepas kanak-kanak tersebut melangkah masuk ke dalam lif secara sendirian dengan tali yang terikat di pergelangan tangannya.

Walau bagaimanapun, belum sempat pengasuhnya itu masuk, lif tersebut telah tertutup dengan sendirinya.

Rentetan daripada itu, kanak-kanak tersebut telah ditarik sehingga ke bahagian atas pintu lif berkenaan sehingga menyebabkannya tergantung selama hampir 2 minit.

Namun lif tersebut yang telah bergerak menyebabkan kanak-kanak itu direntap naik ke bahagian atas lif tersebut.

Insiden itu menyebabkan kanak-kanak itu tergantung selama beberapa minit.

Dia bernasib baik apabila lif itu berhenti selepas mengesan pergerakan yang luar biasa di dalamnya.

Sistem kecemasan diaktifkan dan lif tersebut berhenti dan mula naik, membolehkan kanak-kanak itu kembali berdiri seperti biasa.

Tidak lama kemudiannya kanak-kanak itu diselamatkan oleh pasukan penyelenggaraan bangunan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Heart-stopping moment! Toddler walked into the elevator alone with leash attached to her wrist.

“When the elevator started, she got hung up by the leash for over a minute. Luckily, the elevator went into an emergency halt. Please watch your children at all times! ”