“Suami singgah ambil dokumen untuk ke hospital” Isteri Hamil 7 Bulan Meninggal Dalam Kereta di Parkir Rumah

Ajal dan maut itu sememanngnya tidak diketahui bila ia akan berlaku. Siapa sangka kegembiraan pasangan suami isteri yang bakal menyambut kelahiran ahli keluarga baharu bertukar menjadi momen duka buat sang suami. Menerusi Twitter milik Mohd Redzuan Abdul Manap, dia telah memuat naik perkongsian berita sedih apabila seorang wanita hamil 7 bulan meninggal dunia di dalam [...]

Kegembiraan seorang suami yang bakal menyambut kelahiran ahli keluarga baharu bertukar menjadi momen duka apabila isteri serta kandungannya disahkan meninggal dunia.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, Mohd Redzuan Abdul Manap telah memuat naik satu khabar duka apabila seorang wanita yang sedang hamil 7 bulan telah meninggal dunia di dalam kereta ketika suaminya sedang mengambil dokumen perubatan di rumah.

Tambah Redzuan, wanita tersebut telah mengalami komplikasi dengan kandungannya yang berusia 7 bulan dan telah meninggal dunia sebelum sempat pergi ke hospital.

“Kejadian menyayat hati. Wanita mengandung meninggal dunia dalam kereta di parkir pangsapuri di Kota Damansara, Selangor selepas alami komplikasi dgn kandungannya itu.

“Ketika kejadian, wanita dan suami singgah ambil dokumen untuk ke hospital selepas dirujuk klinik berhampiran.

“Usia kandungan sekitar 7 bulan. Pasangan suami isteri itu juga mempunyai seorang lagi anak yang masih kecil.”

Menurutnya lagi, wanita itu dan suaminya pulang sebentar ke rumah di Kota Damansara dari klinik selepas dia dirujuk ke hospital kerana mengalami komplikasi terhadap kandungannya.


Hanya beberapa ketika sahaja suami naik ke rumah bagi mengambil dokumen penting sebelum turun dan mendapati isteri sudah ‘pergi’ dijemput Ilahi.

Difahamkan juga, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak kecil dan kehamilan tersebut merupakan anak kedua mereka yang sudah pun mencecah usia 7 bulan dalam kandungan.

Rata-rata netizen amat terkesan dengan kisah suami isteri ini dan mendoakan agar si suami dapat menghadapi dugaan yang besar ini.