Video Terbaru Ainul Dah Pandai Peluk Bantal, Sihat Ceria & Berat Dah 3.7kg

Ainul Mardhiah nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Bayi comel ini mendapat perhatian ramai apabila kisahnya mula tular sebelum ini.

Mendapat rawatan diluar negara sebelum ini, akhirnya Ainul dibenarkan pulang ke Malaysia dan menyambung rawatan disini.

Selepas pulang dari London, Ainul masih perlu ditempatkan di hospital untuk memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

Oleh itu, Ainul masih ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur dan semakin hari kelihatan Ainul semakin ceria.

Ibu-bapanya sering berkongsi perkembangan Ainul dengan seluruh rakyat Malaysia yang begitu mengharapkan Ainul kembali pulih dan membesar seperti kanak-kanak lain.

Terbaru satu video dimuat naik oleh bapa Ainul, Ahmad Safiuddin yang memperlihatkan keletah Ainul yang semakin sihat dan ceria.

Bapanya turut memberitahu berat Ainul kini telah hampir 3.7 kg dan berharap Ainul terus membesar dengan sihat.

“Hari ni Ainul bad mood sikit sebab pagi-pagi dah kacau dia tidur ( Tukar trachy ),sekarang dia tengah nyenyak tidur”.

“Alhamdulillah, ainul sihat dan ceria. Berat sekarang dah hampir 3.7kg. Mudah mudahan bila ainul dah capai 4kg nanti, dia dah kuat untuk meniarap”.

Ainul juga dikatakan telah pandai memeluk dan bermain dengan bantal peluknya. Bapa Ainul juga berharap bayi comel mereka semakin membesar dan boleh meniarap tidak lama lagi.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan bersyukur kerana bayi comel ini akhirnya sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain.

Ainul kelihatan sedikit berisi dari sebelum ini dan tampak cergas. Diharap Ainul terus sihat dan ceria tanpa sebarang masalah kesihatan selepas ini.