Kes Langgar Syed Muhammad Danial, Suspek Bakal Dituduh Esok di Bawah Seksyen 302 KK

Seorang lelaki yang melanggar Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam insiden pergelutan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bangi 10 Ogos lalu akan dituduh di Mahkamah Kajang esok, lapor Astro Awani.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Kesksaan yang membawa hukumaan matii mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum ini suspek telah direman selama 12 hari yang berakhir pada 17 Ogos lalu dan disambung lagi reman selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, permohonan reman terhadap suspek dilakukan di Mahkamah Seksyen Bandar Baru Bangi.

“Permohonan reman terhadap suspek lelaki dibenarkan untuk disambung semula selama lima hari hingga 21 Ogos nanti bagi siasatan lanjut.

Permohonan sambung semula reman terhadap suspek dibuat selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini tamat hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Syed Muhammad Danial, 29, meninggal ketika dirawat di Nilai Medical Centre.

Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada pertelingkahan kecil di antara Syed Muhammad Danial dengan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.