Daif Dan Ditinggalkan Bapa, Calon UPSR Perlu Jaga 3 Adik Tidak Dapat Ke Sekolah

Seperti yang kita ketahui, calon-calon peperiksaan UPSR sekarang sedang menduduki peperiksaan berkenaan yang merupakan satu peperiksaan besar sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Hampir semua murid-murid menjalani peperiksaan tersebut dengan sokongan dan dorongan dari keluarga.

Ada ibu-bapa yang sanggup mengambil cuti ketika peperiksaan dijalankan untuk memastikan anak-anak mereka dapat menjalani peperiksaan dengan baik.

Namun, masih ada segelintir ibu-bapa yang tidak menghiraukan kehidupan yang anak-anak mereka jalani.

Ada juga ibu-bapa yang tidak mengambil peduli pembelajaran anak-anak dan tidak memberikan bantuan dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Terbaru telah tular satu kisah yang menyayat hati yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook milik Padaedi Sandakan.

Kisah itu menceritakan mengenai seorang murid calon upsr yang sudah 3 bulan tidak menghadirkan diri ke sekolah walaupun peperiksaan upsr bakal tiba.

Murid yang lebih mesra dikenali Putri itu menceritakan mereka adik beradik ditinggalkan oleh ayah dan ibunya.

Puteri perlu menjaga ketiga-tiga adiknya yang masih kecil dan akhirnya membuat keputusan tidak ke sekolah.

“Nama Adik Putri Semalam dpt berita dari kawan Mahjur Salleh adik ini suda tiga bulan tidak hadir ke sekolah”.

“Sehari sebelum UPSR adik ni dtg ke sekolah memberitahu kehidupan sebenarnya dan sebab tidak datang ke sekolah selama 3bulan kepada Guru Besar sekolah”.

“Semalam juga saya sempat mengunjungi rumah adik ini dengan rakan-rakan yang lain” ujarnya.

“Rumah yang sangat usang kehidupan yang sangat daif adik ini terpaksa tempuhi, menjaga adik-beradiknya yang berumur 10thn,3thn dan 2thn smpaikan tidak dapat datang sekolah”.

“Adik ini memberitahu bapanya meninggalkan mereka mamanya pula ke KL bekerja sudah berapa lama tidk ada khabar berita”.

“Tadi kelihatan putri makan perlahan-lahan nampak mcm tidak berselerah, saya tanyak putri kenyang kah?”.

“Jawab putri anu bang putri ingat dekat adik-adik di rumah putri makan sedap tapi adik di rumah mungkin belum makan dari pagi”.

“Fuuu hancur hati kuuu mendengar putri bercakap terpaksa pakai spekmata supaya tidak kelihatan mata masuk habuk”

“Banyak pesanan dan nasihat yang aku berikan buat adik putri mudahan bermanafaat buatnya”.

“Kita menawarkan sepanjang UPSR berjalan kereta percuma ke Hospital akan memberi perkhidmtan putri hantar dan balik sekolah”.

“Mudahan usaha kecil ini boleh meringankan beban adik putri seketika ini”.

“Kawan-kawan yang ingin mengulurkan bantuan boleh terus ke rumah adik putri depan masjid pengeran Galpam rumah kedua dri siring jalan bersebelahan warung makan.

Semoga kisah ini memberikan manfaat dan kebaikan untuk kite bersama dan semoga ada putri berjaya dalam peperiksaan UPSR.