[VIDEO] “Terbaik isteri drummers, suami gitarist” Pengantin ‘Jamming’ Di Hari Persandingan Tarik Perhatian Netizen

Biasa kita lihat pasangan pengantin membuat persembahan seperti menyanyi ataupun menari.

Tapi lain pula bagi pasangan sama cantik sama padan ini. Mereka berdua bermain alat muzik dan si isteri bermain drum!

Ya, amat jarang kita lihat kaum hawa minat bermain alat muzik drum tetapi pengantin perempuan ini boleh dikatakan profesional.

Band mereka ini memainkan lagu yang popular daripada Datuk Ramli Sarip iaitu Teratai.

Video ini dirakam oleh sebuah produksi video perkahwinan bagi pasangan pengantin ini, Fify dan Hamka.

Rata-rata netizen sangat kagum dan memuji kehebatan kedua-dua suami isteri bermain alat muzik.

Jempol Serting

“tahniah best pasangan pegantin ni ada bakat seni peganton pompuan lawa plk tu nasib baik dh kawin klau masih single eden dlu masuk mominang hi hi.”

ira aidil

“Power la abg ngn akak sporting abg main gitar akk main durm memang terbaik la korg bkn pertama kali la sye dapat tengok pengantin dua pandai main alat muzik selalu sye tgk pengantin lelaki je di suruh main gitar..nie kali keduanye pengantin di srh main muzik mmg power abg dgn akk nie..selamat pengantin baru semoga bahagia smpi ke ank cucu amin”

Muhammad Azre

“Trending..Jarang2 perempuan pandai main drum”

Absar Subahir

“Meremang bulu roma abg dik tgok ko main drum. Cik abg pulak main gitar. 10 -15 tahun lagi ank korang pulak peform kt youtube mcm adik amiera.

Terbaik la.. Tak puas tengok sekali. Selamat pengantin baru.”