[VIDEO] Tenang Jawab Soalan, Tiada Yang Berani ‘Mencelah’ Dr Zulkifli

Seperti yang diketahui umum, pada hari ini Persidangan Dewan Rakyat telah masuk hari yang keempat.

Dr Zulkifli menjawab soalan pertama 

Kali ini, kita dapat menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab soalan pertama daripada Ahli Parlimen.

Persidangan itu dimulakan dengan memberi salam dan mukadimah dalam bahasa Arab sebelum menjawab soalan Sabri Azit (PAS-Jerai).

Kerajaan komited dan prihatin terhadap guru KAFA

Menerusi sesi tersebut, Sabri bertanya mengenai komitmen penarafan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebagai guru tetap dan berpencen.

Dr Zulkifli menjawab, kerajaan komited dan prihatin terhadap guru KAFA yang sentiasa memberikan khidmat bakti sejak tiga dekad lalu.

“Oleh yang demikian, semua usaha ke arah memperkasa dan menaik taraf bagi guru KAFA akan dilaksana secara berperingkat”.

Elaun guru Kafa dinaikkan sebanyak RM100

“Justeru kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan melaksanakan pemerkasaan KAFA merangkumi beberapa perkara.

“Malah, elaun guru Kafa juga sudah dinaikkan sebanyak RM100, menjadi RM1,000 sebulan membabitkan 350 orang,” katanya dengan tenang.

Tiada sebarang celahan dari ahli Dewan Rakyat

Apa yang menarik adalah apabila sesi tersebut tidak menerima sebarang celahan daripada ahli Dewan Rakyat yang sinonim berlaku di Parlimen.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Kini TV, anda boleh rujuk video Dr Zulkifli  menjawab soalan pada minit ke 1:32:31.