Didakwa Buat Kecoh & Timbulkan Provokasi, MPS Lapor Polis Terhadap Pak Cik Jagung

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai dikasari penguatkuasa ketika berniaga jagung di kaki lima. Berikutan daripada kejadian itu, anak kandung individu terbabit tampil mendedahkan perkara sebenar. Terbaru, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat laporan polis mengenai seorang penjaja menjual jagung menimbulkan provokasi terhadap anggota penguatkuasa yang bertugas. Menerusi laporan yang [...]

Beberapa hari lepas tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai dikasari penguatkuasa ketika berniaga jagung di kaki lima.

Rentetan daripada kejadian itu, anak kandung individu terbabit tampil mendedahkan perkara sebenar.

Namun begitu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah membuat laporan polis mengenai seorang penjaja menjual jagung menimbulkan provokasi terhadap anggota penguatkuasa yang bertugas.

Di dalam laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad memaklumkan pihak penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di Pasar Selayang Jaya berikutan dengan aduan yang diterima mengenai penjaja berniaga tanpa lesen.

Menurutnya ketika operasi dijalankan, sebanyak 3 kompaun dan 3 sitaan telah dikenakan kepada penjaja yang terlibat.

Namun anggota penguat kuasa MPS berdepan provokasi dari peniaga jagung tersebut semasa tindakan sitaan dilaksanakan.

Tambahnya lagi, penjaja tersebut yang juga merupakan pemegang kad pemastautin tetap (PR) telah menimbulkan kekecohan selain tidak memberikan kerjasama kepada penguatkuasa sepanjang operasi dijalankan.

Difahamkan, berdasarkan rekod MPS sebelum ini, individu terbabit sudah beberapa kali dikenakan kompaun, sitaan dan diberi amaran supaya tidak meneruskan aktiviti pernigaan tetapi dia masih berdegil. Pihak MPS akan mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis kerana menghalang anggota penguatkuasa menjalankan tugas.

Sebagai pemegang kad pemastautin tetap (PR) peniaga tersebut tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).

Selain itu, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dibuat ke atas individu yang membuat rakaman dan menyebarkan video berkenaan.

Menurutnya, video yang viral itu sedikit sebanyak telah memburukkan imej dan nama baik MPS selain menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Dalam pada itu pendakwah terkenal Ebit Lew turut meluahkan rasa simpati terhadap pakcik tersebut.

“Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang. Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang je.

“Muka semua dah tak boleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini je kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda.

“Pakcik ni sehari dapat rm50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni.

“Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS dapat membantu pakcik ini.

“Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing.

“Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ni sebak dan tak ingin yang lain-lain.

“Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit je tepi jalan. Mereka kenal saya. Selalu tengok video dan ceramah saya.

“Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Mereka tak nak apa-apa. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya.

“Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat.”