Agong Sokong Penangkapan Anggota Polis, ATM Disyaki Seludup PATI

Isu pendatang tanpa izin terus berlarutan dan kini kerajaan dilihat mengambil tindakan tegas mengenai isu tersebut.

Yang di-Pertuan Agong zahirkan sokongan terhadap kerajaan

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan sokongan kerajaan mengenai isu pendatang tanpa izin.

Menurut baginda, langkah tegas kerajaan dalam mengekang kemasukan dan membanteras jenayah rentas sempadan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Seri Paduka mengambil maklum berkenaan pelaksanaan operasi bersepadu Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Operasi kawalan ketatkan sempadan negara dijalankan

Memetik laporan Bernama, operasi berkenaan bertujuan mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin.

Selain itu, operasi bertujuan mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19 yang dikhuatiri dibawa warga asing yang masuk secara haram.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar kerajaan terus memperhebat usaha tersebut dan tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap soal keselamatan rakyat dan negara kerana terdapat beberapa negara yang masih berisiko tinggi Covid-19″

Baginda hargai usaha baik kerajaan

“Seri Paduka Baginda amat menghargai usaha-usaha baik kerajaan, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang berkaitan khususnya petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus memerangi penularan Covid-19 selama ini”.

“Usaha-usaha tersebut perlu ditambah baik dengan langkah-langkah susulan seperti Op Benteng”.

“Selain itu, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka bagaimanapun menzahirkan rasa kesal dengan kes-kes penangkapan beberapa anggota PDRM dan ATM”.

“Mereka telah disyaki terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan pendatang tanpa izin baru-baru ini”.

Kerajaan tidak boleh bertolak ansur berkenaan keselamatan negara

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan terhadap tindakan penangkapan tersebut bagi membanteras jenayah rentas sempadan negara”.

“Ini kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur dalam perkara yang berkait dengan keselamatan rakyat dan negara.”


“Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Al-Sultan Abdullah menegaskan anggota penguat kuasa agensi-agensi kerajaan sepatutnya memikul tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi dan disiplin”.

Rakyat perlu sama-sama mainkan peranan bantu kerajaan

Al-Sultan Abdullah turut menyeru rakyat untuk bersama-sama memainkan peranan dan mempunyai kesedaran serta tanggungjawab membantu pihak kerajaan dan agensi penguat kuasa dalam menangani isu pendatang tanpa izin.

Dalam pada itu, baginda turut menyokong penangkapan anggota polis, atau ATM yang disyaki menyeludup pendatang asing tanpa izin seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Terdahulu, Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Noryati Abu Bakar, 50, bersama Pegawai Imigresen Kanan, Haris Fadzilah Abu Bakar, 48 bersama tiga lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran yang berlangsung pada Jun lalu.

Semoga kita sama-sama bertanggungjawab dan membantu kerajaan dalam membanteras pendatang tanpa izin.