[VIDEO] Tak Sengaja Tanya Tentang Ayah, Jawapan Adik Ini Buat Pak Nil Luluh dan Mengalir Air Mata

Semua orang yang ada di dunia ini lahir dari pelbagai jenis latar belakang yang berbeza. Ada dari keluarga berada, dan ada juga dari keluarga yang susah.

Bagi pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, beliau sering diberi peluang untuk melihat sisi kehidupan insan-insan lain.

Beberapa hari lepas, Pak Nil telah berkongsi satu video di IG, memaparkan dia sedang memberi motivasi kepada kanak-kanak sekolah dalam siri jelajah Ikon Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di Sabah

Walaubagaimanapun, apa yang menjadi perhatian adalah ketika Pak Nil beramah mesra dengan salah seorang pelajar bernama Rahmat bin Musli.

Pada awalnya, kanak-kanak diminta untuk membuat persembahan nyanyian.

Apabila selesai membuat persembahan, Pak Nil telah bertanyakan beberapa soalan mengenai bapa kanak-kanak itu, namun apa yang didengar pengacara itu cukup meruntun jiwa.

Ketika ditanya mengenai apakah pekerjaan ayahnya, Rahmat menjawab bahawa bapanya hanyalah seorang tukang sapu.

Namun selepas ditanya sama ada bapanya masih ada, dengan nada pilu dia menjawa ayah sudah meninggal dunia.

“Ayah seorang tukang sapu Pak Nil…ayah sudah meninggal Pak Nil…”

“Video ini menceritakan perjalanan #paknil di setiap tempat singgahan Paknil

“Kalau dah sekali melangkah, Paknil akan kuatkan diri untuk menyelesaikan misi. Bukan mudah, tapi disebabkan kesungguhan, dan doa dari kalian, perkara mustahil pun boleh berlaku.

#JelajahPAK21 #PAK21

“Anda nak Paknil terus melangkah?”

Buat Pak Nil, ianya adalah satu anugerah apabila diberi peluang untuk melihat dan mendekati anak-anak yang tidak bernasib baik dengan pelbagai latar belakang.

Malah Pak Nil mahu anak-anak ini tidak hidup di dalam kesedihan dan bangkit untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Tidak dapat menahan kesedihan, melihat ketabahan dan keikhlasan pada wajah adik Rahmat ini, tatkala memberitahu bahawa ayah sudah meninggal dunia, membuatkan Pak Nil mengalirkan air mata.

Pak Nil sempat mengucapkan dan mendoakan kejayaan buat Rahmat supaya menjadi insan yang berjaya dan luar biasa apabila dewasa nanti.