[VIDEO] Micheal Ang Kongsi Babak Dakwah Dalam Sweet Dream, Peminat Tersentuh Dengan Dialog Sean Lee

Drama Sweet Dreams  yang ditayangkan menerusi siaran astro telah trending hampir setiap hari setelah ia ditayangkan sekitar 3 minggu lalu.

Drama yang mempunyai 16 episod itu merupakan arahan pengarah terkenal Michael Ang yang dibarisi pelakon-pelakon hebat yang lain.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini adalah Mira Filzah, Ben Amir, Seanlje, PU Azman dan ramai lagi.

Dibarisi pelakon yang berbakat, skrip dan pengarah yang berkaliber menjadikan drama ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Berkisar kisah cinta yang tragis, kekeluargaan, keagamaan dan kekuatan persahabatan antara ramuan yang disebatikan ternyata berjaya menghasilkan satu karya yang menarik untuk tontonan umum.

Pasti ramai yang beranggapan ia sebuah karya yang serius namun sangkaan anda adalah salah kerana drama ini turut dibanjiri dengan komedi yang spontan dari pelakon yang berjaya menghidupkan setiap scene yang mereka lakonkan.

Pemilihan pelakon untuk setiap watak juga dilihat suatu usaha yang berkesan apabila setiap pelakon dapat menyampaikan mesej dengan berkesan dihati penonton.

Terbaru telah tular satu babak dalam drama ini yang menjentik hati penonton menerusi babit-babit dialog Karl yang berbentuk keagamaan yang berjaya diterapkan menerusi drama ini.

Berkisar seorang pemuda bukan Islam yang tenang apabila mendengar azan untuk lari dari kekusutan masalah yang dihadapi, Karl berjaya menjiwai setiap babit dialog yang diberikan dengan berkesan.

“Nak duduk luar Masjid dengar azan Maghrib, tengok orang sembahyang. Dengar Azan buat saya tenang. Saya jealous Tuhan sampai pada mereka tapi Tuhan tak sampai dekat saya”.

Rata-rata netizen berpendapat usaha Michael Ang membawa eleman keagamaan menerusi drama ini perlu dipuji.