“May Allah protect u and baby” Ucapan Ummi Nazeera Buat Fasha Sandha.

Nama Fasha Sandha tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Pelakon yang berbakat ini sering mencuri tumpuan apabila sering tampil ayu dan bergaya.

Mula terjun ke dunia lakonan sejak tahun 2002 dan sering melakonkan watak perempuan malang, Fasha dilihat seorang pelakon yang begitu menghayati watak yang diberi.

Mempunyai wajah ayu menjadikan Fasha sering membintangi drama yang ditayangkan dan juga menjadi duta produk.

Fasha mula kembali mencuri tumpuan apabila dikatakan sering berkongsi gambar bersama seorang pelakon lelaki Aidil.

Kemesraan mereka mula dihidu peminat dan akhirnya pelakon kegemaran ramai ini telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Mac 2019.

Fasha sering berkongsi gambar dan momen indah dirinya di laman sosial Instagram untuk berkongsi dengan pengikutnya.

Beliau juga dilihat seorang yang mesra bersama peminat dan rajin memasak di dapur setelah berumah tangga.

Satu khabar duka tersebar sebelum ini apabila beliau telah keguguuran setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga bersama Aidil.

Ekoran dari perkhabaran itu ramai rakan-rakan artis dan netizen meninggalkan komen-komen positif dan membina untuk pelakon kesayangan mereka kembali pulih seperti sediakala.

Terbaru, kelihatan satu gambar beliau yang dikongsi dilaman sosial Instagram memperlihatkan perutnya kelihatan seperti baby bump.

Menerusi gambar tersebut, antara rakan artis yang meninggalkan komen adalah Umminazeera yang mendoakan supaya Fasha dan baby dalam keadaan sihat hendaknya.

Rata-rata netizen juga meninggalkan komen yang positif dan mendoakan semoga pelakon kegemaran ramai itu diberikan kesihatan yang baik.

Teka-teki yang sebelum ini yang mana Fasha kembali hamil setelah keguguuran masih belum terjawab.

Walaupun sudah kelihataan baby bump Fasha, namun masih tiada sebarang pengumuman yang dilakukan oleh Fasha dan suami mengenai isu tersebut.

Diharap Fasha dan suami berbahagia dan semoga semua urusan Fasha dipermudahkan hendaknya.