[VIDEO] “Tak perlu korek” Guru Ini Baru Tahu Rupanya Tupperware Ini Boleh Lipat

Umum kita tahu, Tupperware ini memang harta yang bernilai di mata mak-mak meskipun kita tengok alatan tersebut sudah pun tidak digunakan lagi.

Penuh dalam almari tetapi dijadikan hiasan di rumah sahaja dan jarang-jarang menggunakannya. Walau bagaimanpun, yang jarang guna itulah jadi paling gerun kalau kita rosak atau hilangkan.

Terbaru, tular sebuah video tentang seorang guru yang terpaksa menggunakan tangan untuk mengisi kuah kerana tiada sudu.

@jhieynaPenat nak korek ##cguJie

♬ Dj BonBon Remix – ᴺᵀᵀ᭄

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga ada yang memberitahunya bahawa bekas makanan tersebut sebenarnya boleh dilipat.

Dalam muatnaik terbaru, memaparkan guru tersebut sedang merakam tutorial tentang melipat bekas makanan di dalam kelas.

Apa yang lebih terhibur, rupanya ramai di antara warga netizen yang tidak mengetahui hal tersebut dan ada juga yang ingin mencuba untuk melipat bekas makanan.

Video yang tular di laman TikTok:

@jhieyna Reply to @tumpanglalu2021 ♬ #FoodDance – Jaydenhawkeycomauwwwkissuk

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.8M tontonan, 276.8K tanda suka 6907 komen dan 6835 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen berseloroh bahawa mereka ingin mencuba melipat tupperware namun takut kena marah dengan mak kerana tupperware merupakan perkara yang paling disayangi mak-mak.

“Tadi aku buat kat tupperware mak. Alhamdulillah samar-samar terus masa depan aku” – Netizen

Jangan main-main dengan tupperware kalau dengan mak-mak ni, adakalanya mak akan membebel 3 hari berturut-turut dek kerana hilangkan tupperware mereka sahaja.

“don’t try this on your mom tupperware”

“terima kasih cikgu untuk pembelajaran hari ini. Selama 26 tahun hidup baru tahu function dia”

“tadi saya try.. alhamdulillah dah kena halau keluar rumah sebab mak marah Tupperware dia pecah.”

“Tadi aku buat dekat tupperware mama aku.. alhamdulillah patah.. terus gelap masa depan aku..”

Jadi siapa yang nak buat trend ni korang kena pastikan itu bukan tupperware mak korang, kalau tidak korang standby jelah kena libas dengan batang penyapu.. hehehe..