[VIDEO] “Baru nak seronok, sekali ada tragedi,” Anak Terjunam Main Pelampung Gelongsor

Seperti yang kita tahu, anak-anak akan bermain tak ingat dunia kalau dah jumpa dengan kolam air, apatah lagi bila ada kawan-kawan yang lain, memang tak nak berhenti mandi.

Ada sahaja skill yang hendak mereka lakukan, kuak lentang lah, renangan ‘freestyle’ lah semuanya ada.

Disebabkan banyak tempat rekreasi tidak beroperasi akibat PKP, ramai diantara ibu bapa yang mengambil langkah mudah dengan hanya membeli atau menyewa pelampung gelongsor yang boleh dipasang di halaman rumah untuk hiburan kanak-kanak.

Namun pun begitu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak-anak ketika mereka bermandi-manda supaya tidak berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita merakamkan ‘moment’ keterujaan anak-anak buahnya semasa ‘berendam’ di dalam pelampung gelongsor yang disewa buat pertama kali itu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak tersebut terus memanjat ke puncak sejurus gelongsor gergasi itu siap diisi dengan angin.

Namun walau bagaimana pun, malang tidak berbau apabila kanak-kanak yang berbaju biru itu tersadung ketika sedang menaiki tangga.

Apa yang lebih menyakitkan adalah, budak tersebut terjunam dalam keadaan kepalanya ke bawah.

Difahamkan, insiden tersebut mengakibatkan benjolan sebesar bola golf di dahinya kerana paras air yang sedang diisi masih cetek.


Masih bernasib baik, Doktor yang merawat adik tersebut memaklumkan kepada penjaga bahawa tiada apa-apa perkara yang serious mengenai benjolan itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@hazirah.zainiBaru nak seronok main kolam, sekali ada tragedi. Kena extra alert main ni, biasalah anak2 over excited 1st time main.

♬ Oh No – Kreepa

“Baru nak seronok main kolam, sekali ada tragedi. Kena extra alert main ni, biasalah anak2 over excited 1st time main”

Meninjau di ruangan komen, @ZiraZaini juga sempat berkongsi tips berdasarkan pengalamannya pada mereka yang hendak menyewa pelampung gelongsor seperti itu kelak.