[VIDEO] Tak Mahu Lukakan Hati, Lelaki Ini Nikahi Kedua-dua Kekasih Serentak

Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan. Seorang lelaki dilaporkan nekad untuk menikahi kedua-dua orang kekasihnya serentak pada hari yang sama.

Dia dilaporkan tidak sanggup melukakan hati salah seorang daripada mereka, di Kalimantan Barat, Indonesia.

Menurut laporan Kompas, video pernikahan yang menjadi tular di media sosial, lelaki berkenaan dikatakan telah membayar mas kahwin sebanyak Rp 10 ribu (RM 2.90).

”Saya tidak sanggup melihat salah seorang daripada mereka terluka. Jadi saya ambil keputusan untuk menikahi kedua-duanya sekali,” kata pemuda berkenaan seperti dilaporkan oleh @makassar_iinfo.

Kompas juga menyebut di mana majlis perkahwinan itu telah berlangsung di Dusun Pangkalan Padang, Desa Airtarap, Kecamatan Kendawangan, Kabupaten Ketapang.

Menerusi video yang menjadi tumpuan warga maya negara jiran, pemuda berkenaan di hari pernikahannya mengenakan baju berwarna putih dan bersongkok.

Manakala dua orang isterinya pula mengenakan pakaian berwarna hitam dengan tudung berwarna merah.

Tidak dapat dipastikan sama ada perkahwinan tersebut berlangsung di masjid atau dirumahnya.

Namun dapat dilihat majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran tetamu, dipercayai penduduk kampung dan sanak-saudaranya.

Tak Ingin Menyakiti, Pria Ini Nikahi Dua Kekasihnya Sekaligus.

Pria : “Saya tidak sampai hati melihat ada yang terluka. Makanya saya putuskan untuk menikah sekaligus”

Lokasi : Dusun pangkalan padang rt 06/02 desa Airtarap Kec Kendawangan Kab Ketapang, Kalimantan Barat

Slide Kanan Untuk Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo) on