Tidak semua dari kita dilahirkan dengan kemewahan dan kesenangan. Ada diantara kita hanya diberikan tulang empat kerat untuk memerah keringat demi mendapatkan sesuap nasi.

Namun, ramai diantara mereka tidak merungut dan menjadikan alasan mereka tidak datang dari keluarga yang senang menjadi inspirasi untuk mereka berjaya di masa hadapan.

 

Ramai diantara pelajar di universiti bekerja untuk menampung kos sara hidup dan ada yang bekerja untuk membantu keluarga dikampung.

Tidak semua diberi kesenangan hidup namun mereka diberikan satu sifat rajin dan tidak kenal erti putus asa yang menjadikan mereka seorang yang berjaya di masa hadapan kelak.

Satu perkongsian telah tular di laman sosial Twitter apabila seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Kamilia Afiqah berkongsi ceritanya.

Beliau melakukan 5 kerja sehari untuk menampung sara hidupnya, membantu keluarga dan menyimpan duit melalui asb untuk keperluan di masa akan datang.

Tidak semua dari pelajar bersenang lenang dengan duit pinjaman yang diberikan. Ramai diantara pelajar kita di luar sana masih mengikat perut dan berkerja untuk menyara kehidupan mereka.

Pandai Menguruskan Duit Dan Masa Walaupun Masih Belajar

Menerusi laman Twitternya dia menerangkan mengapa dia perlu melakukan pelbagai kerja walaupun masih bergelar pelajar.


Ramai yang mempertikaikan mengapa dia perlu berkerja sehingga sebegitu kuat sedangkan fokus utamanya datang ke sana untuk menimba ilmu.


Tidak semua dari kita memahami situasi semua orang. Setiap apa yang dilakukan pastinya mempunyai alasan tersendiri.

Selain itu, Kamilia juga membuat dan menjual aiskrim Malaysia yang diletakkan di kafe untuk menambah pendapatannya.

Ramai yang memuji kesedapan aiskrimnya dan dia turut bermurah hati berkongsi resepi aiskrim Malaysia yang dijualnya kepada semua.

Rata-rata netizen dan kenalannya mendoakan supaya dia dimurahkan rezeki dan menjadikan kisah ini sebagai inspirasi kepada orang lain.


Semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua. Kisah ini merupakan satu teladan yang baik untuk dicontohi.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.