[VIDEO] Tak Boleh Mengiau, Kucing Ini Hanya Keluarkan Bunyi ‘Giloililoililoililoililoi’

Kucing adalah di antara haiwan peliharaan yang paling popular selain daripada anjing. Keletah dan aksi-aksinya yang comel selalu menjadi perhatian.

Tetapi lain pula dengan kucing hitam yang diberi nama Chobimaru ini. Kucing ini agak pelik dan unik kerana ia tidak mengeluarkan bunyi ‘meow’ seperti kucing lain.

Chobimaru hanya mengeluarkan suara dengan bunyi ‘Giloililoililoililoililoi’ tidak kira sewaktu bermain ataupun bermanja dengan tuannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemiliknya memuatnaik video Chobimaru itu sehingga menjadi tumpuan para netizen.

Malah pemiliknya juga memuat naik video di laman Twitter dan menjadikan Chobimaru popular dalam masa yang singkat.

Perkongsiannya itu mendapat hampir 200 ribu tanda suka dan juga lebij 80 ribu orang retweet video tersebut.


Walaupun bunyi yang dikeluarkan agak pelik, menurut para pencinta kucing perkara itu adalah biasa bagi sesetengah kucing.