[FOTO] “Muka macam 20 tahun je” Ibu Tunggal Berusia 41 Tahun Ini Jadi Perhatian Netizen

Seorang wanita yang berusia 41 tahun menjadi trending di laman Twitter apabila anaknya memuat naik gambarnya dengan kapsyen “My Mom Is 41!!”

Wajahnya yang jelita dengan gaya penampilan yang cukup anggun menyebabkan ramai tidak percaya dengan usianya itu.

Sehingga hari ini tweet tersebut telah menerima lebih 1500 Likes dan 200 retweets.


Melalui laporan mStar, wanita itu bernama Nik Hana Yasmin berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Setelah menjadi viral, ramai yang memuji Hana dan ada yang turut mendesak agar ibu kepada empat anak itu berkongsi rahsia bagaimana beliau menjaga penampilan dan kelihatan sangat muda.

Kini menetap di Puchong, Selangor. Hana memberitahu,

“Saya tak ada petua apa sangat pun, cuma ada satu amalan yang saya buat sejak berusia 20-an.

“Setiap hari selepas bangun pagi, saya minum air suam.

“Saya ambil madu, bancuh dengan air. Baca selawat dan surah tiga Qul.

“Petua itu diamalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur dan ia diperturunkan oleh emak saya,” ujar Yasmin sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu.

Hana Yasmin yang menetap di Puchong dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kecantikan ini memiliki empat cahaya mata.

Selain pasangan kembar perempuan Nur Arina dan Nur Anis yang berusia 19 tahun, dia turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Danial Haiqal, 16 dan Ahmad Danish Haziq, 12.

 

View this post on Instagram

 

👸🏻

A post shared by Arina Nasirudin (@arinanasirudin) on

Yasmin mendedahkan suaminya, Ahmad Nasirudin telah menghadap Ilahi pada tahun 2017.

Yasmin mengakui pada mulanya tidak tahu menahu mengenai penularan gambarnya di laman Twitter itu.

“Tak tahu Arina post gambar saya, dia baru bagitahu kepada saya.

“Berkenaan pujian, saya tak pernah rasa lebih cantik dari orang lain pun. Semuanya anugerah Allah.

“Setiap kali nak keluar, saya akan bersiap rapi untuk keyakinan diri. Bukan untuk dapat pujian, tapi untuk diri sendiri sahaja.

Rata-rata netizen memuji kecantikannya malah ada yang menyangka Hana baru berusia 20 tahun.