[VIDEO] “Tak baiklah buat macam ni..” Ashraf Muslim Sebak, Tak Selera Makan Tonton Video Kiriman Isteri

Pelakon Ashraf Muslim masih lagi dirawat dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu.

Ramadhan kali ini pasti satu pengalaman yang berbeza buat Ashraf Muslim yang sayu apabila terpaksa menjalani ibadah puasa tahun ini di wad.

Ashraf kongsi pengalaman solat terawih pertama di wad

Sebelum ini Ashraf sering berkongsi keadaan beliau ketika dikuarantin dan turut berkongsi pengalaman pertama menunaikan solat terawih berjemaah di wad.

Namun begitu, Ashraf tidak dapat menahan sebak apabila mendapat kejutan berbentuk kiriman video daripada kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi.

Terkenangkan anak-anak dan kedua isterinya

Menurut Ashraf, dia terkenangkan isteri dan anak-anak di rumah yang tidak dapat bersamanya meraikan kedatangan Ramadan tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih… Ni lah nak cerita skit. Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message. So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad. Makan pun tak habis terus basuh tgn… waaa 😭! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u! . . @ashrafslegacy

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ashraf turut berkongsi video kiriman isteri-isterinya.

Malam paling bersejarah dalam hidup saya

“Malam ini adalah malam paling bersejarah dalam hidup saya. Pertama solat Tarawih berjemaah di wad pesakit Covid-19 dan kedua dapat kejutan video dari mama dan ibu ni”.

“Lepas solat Tarawih pukul 10.30 malam, saya nak makan malam, tengah lapar sebab tak makan petang tadi, jadi tengah makan tangan kiri pun capai handpone nak tengok mesej”.

Sebak dan sedih berjauhan dengan keluarga ketika Ramadhan

Sementara itu, beliau tidak dapat menahan sebak berjauhan dengan anak-anak dan isterinya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.

“Bila buka saja, dapat video ni. Allahuakbar, sambil makan tak sedar air mata dah mengalir”.

Mama, ibu dan anak-anak tunggu ayah sikit lagi

Beliau turut tidak berselera untuk makan serta tidak sabar mahu bertemu dengan keluarga yang dijangkakan tidak lama lagi.

“Aduhai sedih! Tak baiklah buat macam ni dahlah ayah kat wad. Makan pun tak habis terus basuh tangan”.

“Mama ibu dan anak-anak sabar ya, tunggu ayah sikit lagi. InsyaAllah bila semua dah selesai ayah balik ya… love and miss all of you!,” tulisnya menerusi laman Instagram.

Ucapan khas untuk anak-anak dan kedua isterinya

Beliau turut memuat naik video dan kapsyen tersebut. Rakaman video berdurasi dua minit memaparkan gambarnya beserta ucapan isteri dan anak-anak.

Terdahulu, Ashraf Muslim berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011.

Selepas itu, pelakon ini telah mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.

Dikurniakan 4 orang cahaya mata

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya, Ashraf Muslim telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd yg hadir ☺️. . LIVE UPDATE: Majlis Akikah & Sambutan Hari Lahir Safiyyah Ashraf Tarikh : 14 September 2019 Masa : 11 pagi Tempat : @manorhouseofevents Marhaban : @mtq_misbahulfalah @soutul_falahofficial Pakaian : @jemarikreatif Make up : @dinieawalluddinofficial Pelamin : @manorhouseofevents Photographer : @orangephotography.co/@byorangephotography Videographer : @orangephotography.co/@byorangephotography Kek : @tjcakenpastries Pulut kuning : @cikkensdelights Candy buffet : @manorhouseofevents Brownies : @kitchenoutput Seri Muka Durian : @afizaosman Goodies bag/doorgift : 1. Popcorn : @homepop.corn 2. Buble rice : @gelogokkitchen 3. Buku yassin : @angah_doorgift Emcee : @iamfaiztapaw

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Sebelum ini, pelakon ini telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 12 April setelah disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, pelakon ini dipercayai dijangkiti virus tersebut setelah pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu.