[FOTO] “Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana” Kucing Kesayangan Ashraf Sinclair ‘Pergi’ Terlalu Rindukan Tuannya

Seperti yang kita sedia maklum, pemergian mengejut pelakon Ashraf Sinclair masih dirasai peminat beliau.

Jika dilihat rata-rata peminat Allahyarham masih merindui pelakon berkenaan dan melepaskan kerinduan itu menerusi laman Instagram.

Kucing kesayangan Allahyarham Ashraf turut pergi selamanya

Sementara itu, kucing kesayangan milik Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair yang diberi nama Toni mati dipercayai akibat merindui kehadiran tuannya.

Menerusi laman sosial Instagram, Bunga Citra Lestari (BCL) telah memuat naik gambar dan berkongsi berita sedih itu.

Tony semakin lemah selepas pemergian Allahyarham Ashraf

Menurut penyanyi itu, kucing yang diberi nama Tony itu mengalami kesukaran untuk makan dan menjadi lemah selepas suaminya pergi pada 18 Februari lalu.

Toni bawa keceriaan dalam rumah selama ini

Selain itu, BCL juga turut memberitahu, Tony membawa keceriaan di dalam rumahnya selama ini.

“Dear Toni, terima kasih kerana membawa keceriaan di rumah kami selama ini. Kucing paling pandai dalam rumah ini. Masa kegemaran awak apabila didukung daddy sambil melihat cicak”.

Ujar BCL lagi, beliau turut faham Toni juga rindukan Allahyarham Ashraf dan tidak faham apa yang telah berlaku.

Dua bulan yang sukar untuk kamu-BCL

“Saya faham kamu sudah melalui kesusahan, dua bulan sukar bagi kamu. Tidak memahami apa yang berlaku”.

Menurut BCL, Toni turut hilang selera makan dan semakin lemah dari hari demi hari selepas pemergian Allahyarham Ashraf pergi.

“Ia menjadi sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.
Tapi kamu adalah pejuang sehingga kamu tidak mampu lagi”.

Berehat dengan tenang Toni

BCL dengan sayu turut mengucapkan terima kasih kerana hadir dalam hidup mereka dan bakal merindui Toni selepas ini.

“Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih hadir dalam hidup kami.
“Kamu akan dirindui.

Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana

“Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana,” tulisnya dengan memuat naik sekeping gambar kucing tersebut.

Malah, ibu kepada Allahyarham Ashraf turut memuat naik posting mengenai pemergian Toni yang merupakan kucing kesayangan Ashraf.

Kucing kesayangan Alm Ashraf pulang ke Rahmatullah juga

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah. Kucing kesayangan Alm Ashraf sudah pulang ke Rahmatullah juga.

A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on

“Ya Allah. Kucing kesayangan Alm Ashraf sudah pulang ke Rahmatullah juga” tulis beliau.

Netizen turut bersedih atas pemergian Toni

Sementara itu, posting berkenaan turut dihujani pelbagai reaksi netizen  yang rata-rata turut bersedih atas pemergian Toni.

Rata-rata netizen turut mendoakan supaya BCL dan keluarga tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Terdahulu, Allahyarham Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta.