[FOTO] Berkat 1 Ramadan, Dayana Amerda Selamat Lahirkan Anak Sulung

Pelakon dan penyanyi Dayana Amerda, 21, telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 1.20 pagi hari Jumaat. Perkara itu diumumkan menerusi akaun media sosial suami Dayana, Hadi Mazlan dan ibunya, Aida Daud. "Isteri saya, Siti Amirah Dayana selamat bersalin pada 1 Ramadan pada jam 1.20 pagi ini. Syukur pada Allah," tulis Hadi. Sementara itu, Aida turut [...]

Pelakon dan penyanyi Dayana Amerda, 21, telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 1.20 pagi hari Jumaat.

Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun media sosial suami Dayana, Hadi Mazlan dan ibunya, Aida Daud.

“Isteri saya, Siti Amirah Dayana selamat bersalin pada 1 Ramadan pada jam 1.20 pagi ini. Syukur pada Allah,” tulis Hadi.

Sementara itu, Aida turut meluahkan rasa gembira dan terujanya biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit membataskan urusan mereka sekeluarga.

“1 Ramadan rezeki besar buat kami. Selamat datang cucu nenek.

“Dia punya happy dan sebak tu tak boleh nak cakap. Lain rasanya.

“PKP ni sangat terbatas. Alhamdulillah Allah permudahkan semua. Syukur,” kongsi Aida.

Dayana dan Hadi yang pernah sama-sama membintangi drama Elly & Epit mendirikan rumah tangga pada Jun 2019.

Siti Amirah Dayana binti Mohd. Amerullah (lahir 4 Disember 1999) atau lebih dikenali sebagai Dayana Amerda merupakan seorang bekas penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Dayana mula dikenali sejak menjadi antara peserta sepuluh teratas dalam program realiti kanak-kanak, Idola Kecil Musim ke-2.

Malah, Dayana telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut dan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10 000.

Selain itu, Dayana juga membawa pulang RM 5,000 kerana beliau dianugerahkan “Idola Popular Dutch Lady 2009”.