[VIDEO] “Syukur Allah pemberi rezeki” Ustaz Ebit Lew ‘Belanja’ Kereta Mewah Baru Audi

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew, antara salah seorang penderma yang turun padang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai kejayaan apabila dikurniakan rezeki yang mencurah dan dapat membantu orang ramai.

Menerusi perkongsian di Facebook pula, beliau pernah berkongsi gambar kediaman dan beberapa kereta mewah kepada umum.

Belanja atas isteri dan keluarga paling besar nilainya

Menjenguk ke laman Instagram, beliau memuat naik satu video kereta mewah dan bercerita mengenai kepentingan menjaga kebajikan isteri dan keluarga.

View this post on Instagram

 

Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah. Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri. Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita. Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita. Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri. Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama. Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Apa yang kita suka kongsi dengan isteri

“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah”.

“Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri”.

“Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri”.

“Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga”.

Belanja isteri dan keluarga rezeki melimpah ruah

“Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita”.

“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah”.

“Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar”.

Jangan kedekut pada isteri dan keluarga

“Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita”.

 

View this post on Instagram

 

Raya ni sayu sikit sebab tak dapat beraya di kampung. Rindu ayah dekat kampung. Selamat hari raya sahabatku semua. Semoga Allah terima kita semua yer… Ya Allah saudaraku yang bersedih bahagiakan. Saudaraku yang tiada makan minum mudahkan rezeki mereka. Saudaraku yang ada hajat baik dunia akhirat kabulkan. Yang sakit sembuhkan. Yang diuji Allah beri jalan keluar dan rezeki tak sangka-sangka. Belum bertemu jodoh temukan. Inginkan anak rezekikan anak. Angkatlah covid 19 dari dunia ini. Satukan hati kami semua dengan kasih sayang. Sayangilah orang tua kami. Sayangilah bidadari peneman hidup kami. Sayangilah keluarga kami semua Selamat hari raya maaf semua. Pohon maaf atas segala kesalahan. Terima kaseh mendoakan selama ini-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri”.

Beri nafkah isteri wajib ikut kemampuan

“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama”.

“Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik”.


Semoga ia menjadi contoh dan teladan buat kita semua untuk sentiasa berkongsi nikmat rezeki dengan keluarga.