“Lepaskan kerana Allah” Noorkhiriah Ubah Kereta MPV Jadi Van Jenazah

Noorkhiriah binti Ahmad salah seorang dari barisan pelakon yang berbakat besar dengan lakonannya yang bersahaja.

Pelakon wanita ini juga menjadi inspirasi peminat drama melayu dengan imej dan penampilannya yang bertudung labuh.

Penghijrahan Norkhiriah disambut baik oleh para pengikutnya dan sekaligus dirinya juga telah ikutan oleh orang ramai untuk berubah kearah kebaikan yang disarankan oleh agama islam.

Khiriah kongsi MPV miliknya jadi van jenazah

Menerusi laman Instagram, satu posting yang dimuat naik olehnya berkongsikan kenderaan MPV miliknya akan diubah kepada van jenazah.

Perkhidmatan percuma van jenazah

Selain itu, Norkhiriah turut menyatakan bahawa dia turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada umum.

“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Akak sayang, maka akak jadikan kereta belakang ini van jenazah”.

Bagi yang memerlukan dialu-alukan

“Bagi yang memerlukan dialu-alukan. Perkhidmatan Percuma van jenazah @nurbykhiriah” tulisnya.

“InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak gitau. Terima kasih juga pada yang menyumbang”.

Sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua

“Melangkah dengan Yakin dengan apa yang akan dibuat ni. Mohon doakan akak, bohong akak cakap kalau tak takut van jenazah”.

“Akak tak kaya tapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua. Takat cite kat tb tu jangan kira”.

Jangan kira dosa pahala orang lain

“Jangan kira dosa pahala orang lain. Semoga kita Istiqomah dalam perjuangan diri sendiri, aammen” tulisnya.

Netizen terharu

Menjenguk ke ruangan komen, ramai pengikutnya terharu dan ada yang turut meninggalkan komen pujian dengan apa yang dilakukan oleh Noorkhiriah.

Diharap perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Moga amal jariah yang dilakukan oleh Noorkhiriah bakal menerima kebaikan yang setimpal daripada Allah SWT.