“Sehelai rambut berharga RM6” Pelakon Riz Amin Buat Rawatan Tanam 4,083 Helai Rambut

Pelakon Riz Amin nekad untuk melakukan rawatan menanam semula rambut selepas sambutan Syawal baru-baru ini.

Riz yang berusia 34 tahun menyatakan hasrat itu telah dipendam sejak Januari lalu dan prosedur itu dilakukan di sebuah klinik anestetik popular di ibu kota.

 

View this post on Instagram

 

Salam cmna raya Korang😊?

A post shared by Riz Amin (@rizamin) on

“Sebenarnya saya bercadang untuk melakukan rawatan tanam rambut ini sejak awal tahun lagi tetapi terhalang dengan penggambaran dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemudiannya”.

“Sekarang barulah ada peluang untuk meneruskan rawatan ini” ujarnya kepada Gempak.

Masalah keguguran rambut bahagian hadapan

Tujuan pelakon ini melakukan rawatan rambut kerana dirinya berdepan masalah keguguran rambut terutama di bahagian hadapan kepala.

“Tujuan saya melakukan rawatan ini kerana berdepan masalah keguguran rambut terutama di bahagian hadapan kepala”.

 

View this post on Instagram

 

Stay positive & laugh 😊 . .#stayhome #mco #ramadhan

A post shared by Riz Amin (@rizamin) on

“Banyak produk yang saya telah cuba tapi ia hanya menguatkan akar rambut yang sedia ada bukannya mampu menumbuhkan semula kawasan rambut yang sudah botak,” katanya.

Setiap helai rambut berharga RM 6.00

Pelakon filem Polis Evo 2 itu turut berkata sebanyak 4,083 helai rambut diambil dari bahagian belakang kepalanya untuk ditanam semula di bahagian hadapan.

“Setiap helai berharga RM6 dan bagi saya pelaburan ini berbaloi untuk kepuasan diri saya dan mendapatkan semula keyakinan untuk berlakon”.

“Ketika prosedur itu tak rasa sakit pun cuma selepas ubat bius habis terasa berdenyut-denyut”.

Tidur malam tak tentu arah

“Apabila waktu malam pula nak tidur tak tentu arah jugalah sebab bahagian belakang kepala luka”.

“Saya masih perlu mendapatkan rawatan berkala di klinik itu dan perlu mengambil tonik serta ubat-ubatan dalam tempoh yang ditetapkan doktor,” ujarnya.

Disamping itu, Riz turut mengharapkan hasil yang memberangsangkan selepas empat hingga tujuh bulan apabila rambut baharu mulai tumbuh kelak.

Bagi saya tak salah kalau ambil rambut sendiri

Selain itu, pelakon ini turut menjawab mengenai pandangannya berhubung rawatan yang dilakukan.

“Lain orang lain pemikiran tetapi bagi saya tak salah kalau ambil rambut sendiri. Saya bukannya pakai rambut orang lain,” jawabnya. apabila ramai yang mengecam tindakan artis lain yang melakukan prosedur sama sebelum ini.

Sebelum ini, pelakon Zoey Rahman telah melakukan rawatan yang sama sehingga wujud segelintir netizen yang mempersoalkan tindakannya melakukan rawatan tersebut.