[VIDEO] Surprise Yang Menjadi, Afifah Nasir Tak Sangka Keluarga Ajak Teman Lelaki Rai Hari Jadi

Afifah Nasir atau nama sebenar beliau Nur Afifah binti Md Nasir merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau juga merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

Afifah Nasir 28 tahun

Difahamkan, pada 15 Februari yang lalu, genaplah usia pelakon Pengantinku Jatuh Dari Langit ini 28 tahun.

Menerusi perkongsian pelakon ini di laman Instagram beliau, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu telah memuat naik satu perkongsian mengenai kejutan sambutan hari jadinya.

Beliau turut berkongsi 3 rakaman video yang disertakan dalam  hantaran itu bersama pengikutnya di Instagram.

Teman lelaki dan keluarga buat kejutan

Apa yang menjadi perhatian ramai termasuk satu video yang mana Afifah terkejut melihat susuk tubuh kekasih hati yang turut hadir dalam sambutan itu.

Menurut Afifah, beliau menyangka sambutan itu sekadar diraikan bersama keluarganya namun terkejut apabila teman lelakinya turut hadir nagi menyambut hari jadinya bersama.

Malah, dirinya turut merasakan ia benar-benar satu kejutan kerana pelakon ini tidak terfikir mengenai kejutan ini sama sekali.

Kekasihnya berwajah kacukan turut beri ucapan romantis buat Afifah

Selain itu, kekasihnya yang berwajah kacukan tersebut turut dirakam memberikan ucapan romantis buat Afifah dan sesi suap menyuap makan kek turut mencuri perhatian

Pelakon ini juga turut berkongsi video yang menunjukkan keluarga Afifah solat secara berjemaah diimamkan oleh suami Anzalna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

Status Afifah dan Wan Arif jadi tanda tanya

Sebelum ini status hubungan Afifah turut menjadi tanda tanya kerana sebelum ini beliau menjalinkan hubungan dengan Wan Arif.

Hubungan cinta Afifah Nasir dan Wan Ariff mula menjadi tanda tanya apabila akres tersebut berkongsi foto dengan seorang jejaka berserta kapsyen romantik sekitar Februari tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

Malah, pelakon ini turut memadam foto bersama Wan Ariff manakala bekas kekasihnya itu masih menyimpan gambar-gambar kenangan mereka di Instagram.

Nama Wan Ariff mula dikenali sejak dia tampil mempertahankan Afifah yang dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sekitar 2017.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesejahteraan dan kejayaan pelakon ini dimasa hadapan.