[VIDEO] Dikatakan Terpalit Isu Janna Nick ‘Lisa Blackpig’, Pelajar Malaysia Di Korea Jelaskan Apa ang Berlaku

Bagi sesiapa yang aktif di laman Twitter pasti mengenali gadis cantik kecil molek iaitu Sabrina Azhar yang pernah menjadi tular selepas mengajar kekasihnya orang Korean bercakap Bahasa Melayu.

Bukan itu saja, gadis ini juga sering berkongsi kehidupannya sebagai pelajar di Korea di laman sosial miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sabrina 💫 (@jpbrinx)

Terbaru, Sabrina menjawab persoalan orang ramai mengenai keadaannya disana selepas viral kononnya pelajar di Malaysia yang belajar di Korean dibuang dari kumpulan belajar gara-gara isu ‘Blackpig’.

“Saya baik-baik sahaja, saya okay. Saya cuma nak cakap kesemua rakan-rakan Malaysia saya juga baik-baik sahaja disini.

“Saya ada dengar mengenai khabar angin seorang pelajar Malaysia ditendang dari group whatsapp namun saya tak mahu ulas mengenai itu.

“Jangan risau mengenai keadaan kami disini kerana semua pelajar sini okay.”

Menurutnya lagi, dia tidak mengulas khabar angin tersebut kerana keadaan dia dan pelajar lain dari Malaysia adalah baik-baik sahaja.

Tambahnya, mengenai isu artis yang terpalit isu tersebut, dia memberitahu dia tidak berhak untuk bercakap mengenai ini namun setiap individu tidak boleh memperlekehkan orang mati lebih-lebih lagi yang ada mempunyai masalah sendiri.

Rata-rata di ruangan komen berterima kasih kepada gadis ini yang memberitahu situasi sebenar disana.

Tak kurang juga yang mengkritik individu yang menyebarkan maklumat palsu yang kononnya ramai pelajar dan pekerja disana terkesan dengan isu ini.

Sehubungan itu hasil semakan YOY Network, akaun Instagram dan Twitter Janna kini sudah tidak boleh diakses.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua akaun media sosial itu dinyahaktif (deactivate) sendiri oleh Janna atau dipadamkan oleh pemaju platform berkenaan hasil daripada laporan yang dibuat peminat Kpop.

Menyifatkan kekecohan yang berlaku adalah akibat perbuatan fitnah, Janna akhirnya tampil membuat laporan polis.

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua account (akaun laman sosial) yang mencetuskan provkasi dan membuat fitnnah terhadap saya.

“Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayahsiber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” kata Janna.