“Lagi 12 je..” Netizen Teruja Ayda Jebat Dah Hamil?

Setelah mendirikan rumah tangga hampir dua bulan pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir dikhabarkan sudah mendapat berita gembira.

Ada desas desus yang mendakwa pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat dikatakan sudah hamil.

Ayda jumpa pakar sakit puan untuk melakukan pemeriksaan

Ini kerana dikhabarkan pelakon tersebut menemui pakar perbidanan dan sakit puan, di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.

Memetik laporan mStar, ada sumber mengesahkan berita positif itu yang mengatakan Ayda sudah hamil namun tidak dijelaskan berapa minggu usia kandungannya.

Namun begitu, ketika mStar cuba mendapatkan pengesahan daripada Ayda namun panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ayda luah rasa syukur di Twitter

Pada masa yang sama, sumber memaklumkan pasangan ini masih belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut memandangkan usia kandungan yang masih baharu.

Posting yang dimuat naik pada 6 Februari lalu, Ayda menerusi laman Twitter pernah menulis status meluahkan rasa syukur.

Syukur atas rezekimu

Walaubagaimanapun penyanyi tersebut tidak menjelaskan maksud perkongsiannya tersebut.

Pasangan ini dikatakan menemui pakar perbidanan di sebuah hospital.

“Alhamdulillah… syukur atas rezekimu,” tulisnya.

Rata-rata peminat tidak sabar mahu melihat Ayda menjadi ibu

Ekoran dari status tersebut, pengikut penyanyi ini turut membuat andaian penyanyi lagu Parah Parah ini sedang hamil dan bakal bergelar ibu.

Malah, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar menantikan pengumuman gembira itu.

Ekoran dari status yang ditulis oleh Ayda di Twitter menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Macam-macam bunyi

Selain itu, menerusi Instastory pada Isnin, reaksi spontan Nabil mendengar perut Ayda Jebat turut memberi bayangan isterinya itu kini sedang hamil.

“Macam-macam bunyi,” kata Nabil.

Jika benar Ayda sedang hamil, penjagaan ketika kehamilan trimester pertama sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik.

Pada peringkat ini, kesihatan fizikal dan mental bayi yang bakal lahir dipengaruhi oleh penjagaan prakehamilan dan kehamilan trimester pertama.

Ayda dan Nabil selamat menjadi suami isteri pada 1 Januari lalu.

Ayda juga dinasihatkan agar menjaga kesihatan serta tidak terlalu agresif dalam melakukan aktiviti harian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Terdahulu pasangan ini mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat penyanyi kesayangan mereka ini.