[VIDEO] “Surprise!!” Hael Husaini Terduduk Dapat Hadiah Kereta Mewah

Penyanyi dan juga komposer Hael Husaini merupakan selebriti yang tak perlu diperkenalkan lagi apabila sudah dua kali memenangi Anugerah Juara Lagu dalam masa dua tahun berturut-turut.

Menerusi laman Instagram, Hael Husaini telah menerima hadiah sebuah Toyota Vellfire daripada pihak pengurusannya iaitu Vrus Ungu Entertainment.

Di dalam video yang dimuat naik oleh Anne Farina di Instagram, difahamkan kereta mewah tersebut dihadiahkan kepada Hael kerana kerja kerasnya selama ini bersama syarikat tersebut.

Menurut Anne, pihak pengurusan merancang memberi kejutan kepada penyanyi Jampii tersebut dan mengajak Hael ke kedai kereta Naza World yang berada di Petaling Jaya untuk satu ‘job’.

Pada mulanya Hael diberitahu dia perlu hadir bagi membuat satu reviu tentang kenderaan di kedai tersebut, lapor Astro Gempak.

“Hael diberitahu dia perlu membuat reviu mengenai kenderaan di Naza World dan bersetuju untuk melakukan ‘job’ tersebut.”

Kemudian, apabila Hael sampai, pihak syarikat menjerit Surprise dan tenyata membuatkan Hael tergamam hingga terduduk di lantai.

“Beberapa minit selepas dia sampai, kami jerit ‘surprise’ dan Hael memberi reaksi terkejut, tergamam, ‘speechless’.”

 

View this post on Instagram

 

SURPRISE!! Dari management and team. Semoga terus berjaya dan sentiasa memberikan yang terbaik! Love you ❤️💋

A post shared by Anne Farina (@anne.farina) on

Video Hael Husaini tergamam dan terduduk

Pihak syarikat juga menempah plat kereta khas dan apabila dirapatkan ia seperti membaca nama nama kedua Hael iaitu ‘Usaini’ (VS4171).

Tahniah buat Hael husaini dan semoga lebih maju jaya di dalam karier di masa hadapan.