Pelakon Senior Tapau Habis, Bakat Ketepikan Populariti, Ini Senarai Pemenang ASK 2019

Sekitar malam tadi dan hari ini, bahang Anugerah Skrin ASK 2019 masih lagi terasa. Ramai artis dan pengkarya telah hadir pada malam ASK2019 ini.

Anugerah Skrin mengangkat bakat bukan sahaja pelakon, pengarah tetapi turut mengiktiraf krew dan lakon layar yang berusaha keras di sebalik tabir dalam menjayakan filem atau drama.

ASK kali ini telah memperlihatkan drama Di Sisi dan filem One Two Jaga mendominasi setiap kaktegori masing-masing.

ASK pada kali ini sedikit berlainan dari tahun-tahun lepas apabila memperlihatkan gandingan pasangan-pasangan popular Tanah Air sebagai pengacara ASK.

Apa yang menarik pada ASK kali ini adalah para pemenang dilihat telah didominasi oleh pelakon-pelakon senior negara yang telah menghiburkan kita sejak dari dulu lagi.

Bakal dan karya mereka yang sememang tidak dapat disangkal kehebatan mereka di layar perak mahupun kaca televisyen.

Hal ini jelaskan menerusi kemenangan Faizal Hussein dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama manakan Amyza Aznan menerusi kategori Pembantu Wanita Terbaik Drama.

Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Faisal Hussein

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Amyza Adnan 

Pemenang pada Anugerah kali ini dikatakan sememangnya layak menggengam trofi ASK kerana mutu lakonan yang hebat tanpa perlu bergantung kepada populariti semata-mata.

Selain itu, antara pemenang yang tidak perlu diperdebatkan lagi kehebatan lakonan mereka adalah seperti pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Nabila Huda, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, Fizz Fairuz.

Pelakon Wanita Terbaik Drama : Nabila Huda

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian : Fizz Fairuz

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian : Zara Zya

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Zahiril Adzim

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Siti Saleha

 

View this post on Instagram

 

Tahniah Siti Saleha merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem #ASK2019 .Teruskan menonton #ASK2019 di TV3! .

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Selain itu, anugerah lain yang turut dinanti-nantikan adalah beberapa anugerah pengarah dan lakon layar terbaik. Pengarah terbaik filem dimenangi oleh Mamat Khalid menerusi Hantu Kak Limah.

Pengarah Terbaik Filem : Mamat Khalid

Pengarah Terbaik Drama : Wan Afzam Wan Daud

Selain itu, pemenang-pemenang lain yang juga para pelakon senior dalam industri juga telah mengungguli kategori-kategori masing-masing dengan lakonan hebat mereka menerusi drama mahupun filem.

ASK 2019 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung di TV3.

Tahniah kepada semua pemenang dan semoga industri dinegara kita terus berkembang dan berjaya.