“Dah lenjan 15 jam macam tu, solat dekat mana ya?” Ini Jawapan Alif Satar

KEJAYAAN penyanyi Alif Satar menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi pada pagi Ahad lalu menerima perhatian ramai. Cabaran selama 15 jam itu juga tidak menjadi penghalang kepada pengacara Big Stage itu untuk menunaikan ibadah wajib sebagai seorang beragama Islam. Perkara berkenaan didedahkan Alif selepas terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada peserta sukan [...]

Baru-baru ini selebriti popular Alif Satar telah berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi.

Alif berjaya menamatkan cabaran tersebut selama 15 jam iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari.

Catatan masa keseluruhan adalah 15 jam 5 minit dan 49 saat.

Walaubagaimanapun aktiviti ini tidak menjadi penghalang kepada pengacara serba boleh itu untuk menunaikan ibadah wajib sebagai seorang beragama Islam.

Perkara berkenaan didedahkan Alif selepas terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada peserta sukan triatlon itu sempat menunaikan solat sepanjang acara berlangsung.

Seorang pengguna Instagram telah bertanyakan di ruangan komen bagaimana dengan solat apabila melakukan Full Ironman tersebut.

“Maaf tanya, kalau dah lenjan 15 jam macam tu… solat semua dekat mana ya? Mereka ada berhenti solat ke? Maaf bertanya,”

Tidak melatah dengan soalan tersebut, Alif dengan tenang menjelaskan bahawa pihak penganjur amat peka dan menyediakan ruang solat buat peserta menunaikan ibadah itu.

“Ada ruang solat di transition 2 (bike to run). Bila ambil wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol… organiser Ironman sediakan ruang khas untuk atlet beragama Islam,” ujarnya.

Rata-rata pengikutnya memuji sikap Alif yang tenang menjawab persoalan daripada netizen dan menyifatkan dirinya sebagai wira yang sebenar.

“Ini barulah Ironman sebenar!”

Sebelum ini, Alif teah menyertai acara ini pada tahun lepas dan dapat harungi kesemua cabaran dan dapat gelaran Ironman Langkawi 2018 (kategori half Ironman) dengan catatan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.