[VIDEO] Suasana Pilu Menyelubungi 800 Pekerja Syarikat Utusan Melayu Yang Berhenti Secara VSS

Pada Jumaat yang lepas, Syarikat Utusan Melayu (M) Bhd telah membuat majlis perpisahan kepada 800 pekerja mereka yang diberhentikan secara skim pemisahan sukarela (VSS) kepada lebih separuh daripada kakitangannya.

The Edge melaporkan langkah itu dibuat sebagai usaha syarikat penerbitan akhbar milik Umno itu berkenaan mengurangkan kos yang ditanggung.

https://www.facebook.com/ratusembangkemenyan/videos/329677670954195/

Memetik sumber-sumber yang tidak didedahkan The Edge mendakwa seramai 800 orang akan ditawarkan VSS berkenaan dan untuk rekod jumlah kakitangan syarikat tersebut ialah kira-kira 1,500 orang.

Kata laporan berkenaan kakitangan Utusan Melayu yang menerima surat tawaran VSS diberi kepada kakitangan mereka.

Pelaksanaan VSS itu dikatakan meliputi kakitangan Utusan Malaysia, Kosmo! dan sejumlah majalah yang diterbitkan oleh syarikat tersebut seperti Mastika, Saji dan Wanita.

Keputusan untuk menawarkan VSS itu dicapai selepas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan kakitangan syarikat itu diadakan September lalu.

Abdul Aziz ialah pemimpin Umno yang menjadi anggota parlimen Kulim Bandar Baharu sehinggalah beliau kalah kepada Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada pilihan raya umum lalu.

Utusan Melayu mempunyai sejarah panjang dan rencam sejak ia diterbitkan pada 1939. Bermula dengan media yang menjadi suara kepada orang Melayu syarikat itu mengalami krisis selepas Umno membuat langkah mengambil alih.

Antara detik yang selalu diingat mengenai sejarah Utusan Melayu ialah mogok kakitangan dan wartawannya yang menolak campur tangan politik Umno pada 1961.

Corak laporan dan pendekatan yang diambil oleh syarikat itu melalui akhbarnya sejak beberapa dekad lalu memberi kesan besar kepada keyakinan masyarakat, selain kegagalan mereka memenangi kes samah di mahkamah.

Krisis kewangan syarikat Utusan juga semakin berlarutan sehingga melibatkan pembayaran gaji serta kemudahan yang ditawarkan kepada kakitangannya.

Laporan tahunan syarikat terbabit menyatakan tanggungan hutang syarikat itu berada pada paras RM328.17 juta setakat 31 Dis tahun lalu, meningkat berbanding RM302.2 juta pada 2016.