“Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib.” – Tunang Bomba

Nurul Najihah, tunang Muhammad Adib Mohd Kassim memohon rakyat supaya mendoakan agar anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu selamat dan segera sembuh.

Dalam hantaran di Facebook, katanya, beliau tidak cukup kuat untuk melihat keadaan Muhammad Adib, 24, ketika ini.

“Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu,” kata Nurul Najihan.

Beliau turut berkongsi gambarnya bersama Muhammad Adib.

Pasangan itu dijadual diijab-kabulkan pada bulan Disember ini.

Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu, Nurul Najihah antara lain juga menasihatkannya supaya bersabar.

“Adib kuat… awak pun kena kuat…,” kata Qaseh Myzara.

“Saya tak kenal awak tp sy doakan agar diberikan kesembuhan kepada tunang,” Sue Khal.

“Semoga Tunang Cik cepat sembuh. Saya betul2 kesal atas apa yg dah berlaku kepada beliau.

“Saya harap pihak berkuasa akan kesan saitan2 yg telah mencederakan tunang Cik.

“Beliau tak bersalah apa pun.. dan mereka2 yg serang tunang cik ni x akan hidup bahagia. Mereka bersamaan dengan taik.

“Harap cik tabah bersama beliau, saya doakan supaya beliau cepat sembuh dan kembali berjasa,” kata Lakshmi Kumar.