[VIDEO] Siti Nyanyi Lagu Khas Buat Harimau Malaya, Confirm Kita Menang Malam Ni

Malam ini pasukan Harimau Malaya akan berentap menentang pasukan Naga Emas dari Vietnam dalam pusingan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018.

Seperti biasa, satu negara akan bangkit menyarungkan jersi pasukan kebangaan dan bersorak untuk Malaysia menjulang piala berprestij ini.

Tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan sokongan kepada Harimau Malaya, Datuk Siti Nurhaliza menerusi instgramnya menyanyikan lagu khas buat pasukan bola Malaysia.

Rata-rata peminat memuji usaha yang dibuat oleh Datuk Siti bagi menaikkan semangat para pemain bola sepak negara.

Tonton LIVE Malaysia VS Vietnam di FB YOY Network malam ini!

Dalam pada itu, puluhan ribu penyokong Harimau Malaya sudah mula berkampung sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lebih memeranjatkan, dalam kalangan ‘ekor’ skuad negara yang sampai ke lokasi sejak lewat malam Isnin lagi dan berkhemah di situ bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan pada hari saingan antara Malaysia menentang Vietnam.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang mampu menampung sehingga 80,000 penonton itu berjaya menjual habis tiket perlawanan.

Manakala 15,000 lagi yang akan memenuhi ruang di Axiata Arena apabila skrin gergasi akan dipasang untuk menayangkan siaran langsung perlawanan malam ini.

Bagi perlawanan final kedua pula, Malaysia akan berangkat ke Hanoi pada Sabtu bagi penentuan pasukan mana yang akan menjulang piala yang menjadi rebutan kali ini.

Jika pasukan Malaysia menang pada final Piala AFF Suzuki ini, mereka akan menerima durian runtuh yang telah dijanjikan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan tidak mempunyai halangan untuk memperuntukkan insentif berdasarkan pencapaian cemerlang pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah bentuk habuan atau insentif yang akan diberikan kelak.

“Saya rasa perkara itu tidak ada masalah yang penting adalah kita memberi sokongan kepada pemain kita.

“Fokus kita sekarang adalah kepada perlawanan, imbuhan itu kita bincang kemudian dan saya rasa tiada masalah,” katanya,