Tidak semua dari kita prihatin dalam kesusahan yang ditanggung oleh orang lain. Adakalanya ramai diantara kita hanya mampu untuk melihat tanpa berbuat apa-apa.

Namun, tidak semua dari golongan itu hanya berdiam diri. Ada diantara kita tetap membantu apa yang termampu walaupun sekecil pertolongan yang mampu diberi kepada golongan yang memerlukan.

Tindakan  murni pemandu bas buat semua terkejut

Satu video telah tular di laman sosial Twitter mengenai tindakan murni seorang pemandu bas RapidKL yang boleh menjadi inspirasi kepada semua.

Pemandu bas RapidKL itu dikatakan telah membantu seorang penunggang motosikal yang rosak di tepi jalan.

Siap bawa masuk motosikal sekali dalam bas

Lebih mengejutkan semua orang, pemandu bas itu bukan sahaja membawa penunggangnya ke dalam bas tetapi turut membawa motorsikal itu masuk ke dalam bas.

Melihat penunggang itu kebasahan dalam hujan dengan keadaan motor yang rosak keprihatinan pemandu bas itu telah dipuji orang ramai.

Seorang pengguna bas sempat merakam video berkenaan ketika kejadian itu berlaku dan berkongsi video berkenaan di Twitter miliknya.

Hujan lebat, motosikal rosak di bahu jalan

Kejadian itu berlaku sekitar tol Sunway yang mana pada hari kejadian hujan turun agak lebat.

Menerusi penyebaran video berkenaan, netizen turut risau dengan tindakan yang bakal dikenakan keatas pemandu bas berkenaan jika ia tular sehingga ke pihak atasan.

Netizen risau pemandu bas dikenakan tindakan

Mereka berasa bimbang jika pemandu bas yang berniat baik itu dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar SOP kerja.

Video pemandu Rapid KL bawa masuk motor dalam bas

Netizen rayu jangan kenakan tindakan ke atas pemandu bas

Namun begitu, hasil dari Tweet orang ramai yang memohon supaya tiada tindakan yang dikenakan ke atas pemandu bas berkenaan telah mendapat respon dari RapidKL.


RapidKL respon mengenai pemandu bas

Pihak RapidKL telah membalas posting tersebut dan menjawab persoalan yang telah diaju oleh netizen mengenai kebimbangan mereka jika pemandu bas berkenaan dikenakan tindakan.

Tindakan pemandu bas itu membantu orang dalam kesusahan wajarnya diberikan pujian dan menjadi inspirasi kepada orang ramai.

 

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.