Kelulusan 100 Peratus, 66 Orang Pelajar Maahad Muhammadi Dapat 10A Dalam PT3

Maahad Muhammadi Lelaki mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 2019 yang diumum hari ini apabila 66 pelajar memperolehi 10A, lapor Harakah Daily.

Malah, seramai 23 orang pelajar pula memperolehi 9A manakala 20 orang lagi mendapat 8A dengan purata GPS 1.34.

Menurut pengetuanya, Ustaz Kamarjan Abdul Rahman, pihaknya sering mengadakan program kecemerlangan bagi membantu pelajar maahad terbabit dalam pelajaran.

Tambahnya lagi, program berkenaan diadakan untuk memupuk semangat untuk meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengaja, PIBG dan juga pelajar kerana memberikan komitmen sepenuhnya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak khususnya tenaga pengajar, PIBG dan pelajar yang memberikan komitmen tinggi sehingga kejayaan itu dapat dicapai,” katanya di sini.

Lebih membanggakan, Maahad Muhammadi Perempuan mencatatkan keputusan cemerlang apabila memperolehi kelulusan 100 peratus.

Seramai 64 pelajar memperolehi keputusan 10A, 104 pelajar (9A), 79 orang memperolehi (8A).

Semoga pencapaian ini menyuntik semangat buat semua pelajar untuk terus skor dalam peperiksaan akan datang.