[VIDEO] Setiap Kali Keluar Semua Pakaian Isteri Disiapkan, Suami Mithali Jadi Perhatian

Memiliki pasangan hidup yang ringan tulang dan gemar sama-sama membantu melunaskan kerja-kerja rumah juga merupakan salah satu rezeki.

Ini kerana, saling bantu membantu juga amat diperlukan bagi mengukuhkan lagi ikatan dan persefahaman antara satu sama lain.

Malah sikap bantu membantu ini dapat membentuk satu pasukan yang bagus dalam memastikan rumah tangga kekal bahagia.

Gelagat suami sedang menggosok pakaian 

Kini ramai wanita turut keluar bekerja bagi membantu suami menambah pendapatan keluarga dan sikap saling membantu membuat kerja rumah pastinya suatu yang diperlukan oleh setiap pasangan.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna berkongsi gelagat suaminya yang membantu menggosok pakaian untuk isterinya.

Si suami dengan berhati-hati gosok tudung isteri

Video tersebut memaparkan seorang lelaki sedang berhati-hati menggosok sehelai tudung bercorak untuk isterinya.

Wanita tersebut turut memberitahu yang dia perlu melakukan swab test sebelum pergi ke tempat kerja.

Setiap kali keluar, suami akan berperanan menyiapkan dirinya

Berkongsi cerita mengenai suaminya, wanita itu memberitahu setiap kali hendak keluar ke mana sahaja, si suami akan berperanan untuk menyiapkan dirinya.

Malah apa yang menarik perhatian apabila wanita ini turut memberitahu suaminya juga akan memilih sendiri pakaian dan tudung isterinya setiap hari.

46,000 tontonan setelah dimuat naik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan bahawa wanita tersebut bertuah kerana memiliki suami seperti itu dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia.

Ada netizen yang turut berkongsi cerita yang mereka juga turut memiliki suami seperti wanita berkenaan.

@akmaghani0setiap kali nk g mane2 mmg dye yg akan siapkan isteri dan pilih bju ngn tudung isteri,harini kene g swebtest sbb dh nk g kerja♬ original sound –

Posting yang dikongsikan oleh pengguna bernama Akma Ghani di aplikasi TikTok itu berjaya meraih lebih dari 46,000 tontonan setelah dimuat naik.