[VIDEO] “Seram!!” Rakaman CCTV Lelaki Diseret Dalam Gym Oleh Entiti Misteri

Di dunia yang serba moden ini kebanyakaan orang tidak mempercayai keberadaan makhluk halus sehingga mereka merasai sendiri pengalaman diganggu oleh makhluk misteri itu.

Sama seperti seorang lelaki yang tular dalam satu video rakaman litar tertutup yang dikhabarkan diseret ke lantai secara tiba tiba di sebuah gimnasium.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang individu di Tiktok dan telah tular di media sosial serta meraih lebih 12 juta tontonana di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Dipercayai lelaki tersebut telah diseret oleh makhluk misteri semasas dia sedang melakukan senaman bersendirian di sebuah gimnasium tersebut.

Di dalam video berkenaan segalanya nampak biasa pada mulanya, namun dalam beberapa saat sahaja alat senaman di belakangnya lelaki itu kelihatan berayun secara tiba-tiba seperti digerakkan oleh seseorang.

Namun, lebih mengerikan apabila sebiji bola pemberat meluncur ke arahnya dengan sendiri seperti memberi isyarat kehadiran makhluk halus di dalam gimnasium tersebut.

Terkejut dengan apa yang terjadi, lelaki itu segera mengambil barang-barangnya dan bergegas meninggalkan gim tersebut namun dia tergelintir ke lantai seperti ditolak.

Justeru, dia seperti diseret dan direntap oleh seseorang namun tiada sebarang bayangan atau sesiapa yang kelihatan di dalam rakaman tersebut.

Lelaki itu dilihat mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari makhluk yang tidak kelihatan itu dan berjaya bangun lalu segere lari ke arah pintu keluar tanpa mengambil barangnya kerana terlalu takut.

Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen di ruangan komen, malah ada yang mengatakan bahawa itu adalah gimik semata-mata untuk menarik perhatian dia media sosial namun ada juga yang mempercayai makhluk itu seperti sengaja menganggu lelaki tersebut.

“orang kata ini hanya lakonan, ada bukti ke dia berlakon?” kata netizen

“ramai orang tidak tahu makhluk ini sememangnya wujud dan tinggal di gim” ujar netizen lagi.

@carlosruizoficiall##viral ##parati ##fy ##foryou ##paranormal like y subo la 2da parte 🤯🤯🤯🤯🤯

♬ sonido original – Carlos Ruiz