[VIDEO] Hanya Sempat 4 Bulan Bersama, Suami Pakai Baju Nikah Iring Pengebumian Isteri

Berat mata memandang, namun berat lagi bahu yang memikul. Begitulah dugaan yang dihadapi seorang suami ini apabila isteri tercinta telah pergi selamanya.

Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang Hassanudeen Undingz Killerz yang memuat naik khabar duka isteri yang baru 4 bulan dinikahinya meninggal dunia.

Tanpa diduga, kegembiraan dan kebahagian detik-detik melayari bahagia perkahwinan bertukar duka sekelip mata yang dialami oleh seorang lelaki dari Tawau, Sabah ini.

Tolong doakan isteri saya

Terdahulu, dia memuat naik satu posting memohon agar kenalan mendoakan kesembuhan isteri tercinta.

“Assalam. Saya Hasanudeen Hassan dengan rasa rendah diri memohon kepada sesiapa yang mengenali saya dan istri Fatimah Binti Ismil, mohon doakan keselamatan Istri Saya.”

Isteri saya ditidurkan akibat keadaan pernafasan yang kritikal

“Beliau kini ditidurkan akibat keadaan pernafasan yang semakin kritikal di Hospital Tawau.”

“Mohon agar yang mengenali saya dan Istri mendoakan agar Istri saya bisa kuat dan bangkit semula.”

“Saya dengan rasa rendah diri,memohon kepada rakan2 yang mengenali saya ataupun istri saya Fatimah Binti Ismil.”

Doakan yang terbaik buat isteri saya

“Panjatkan Doa buat Istri saya, sedekahkan Surah Yasiin buat dirinya agar menjadi asbab utk Istri saya bertahan dalam kondisi nya sekarang ini.”

“Saya mohon kepada semua agar Doakan yang terbaik tuk Istri sya..Hanya Tuhan mampu membalas jasa anda semua.”

Isteri saya telah pergi selamanya

Isteri saya telah selamat dikebumikan 

Namun begitu, walaupun berat hati mahu menerima tiada siapa dapat melawan kuasa Tuhan apabila insan yang amat disayanginya tetap pergi selamanya.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi jenazah arwah Isteri saya(Fatimah Binti Ismil) telah selamat dikebumikan pada jam lebih kurang 8.00 malam.

Terima kasih semua yang mendoakan

“Saya suami kepada arwah Isteri saya(Fatimah Binti Ismil) dengan rasa rendah diri memohon berbanyak terima kasih kepada semua yang mengenali saya mahupun arwah Isteri saya (Fatimah Binti Ismil) secara langsung mahupun tidak.”

“Ini kerana sudi memanjatkan Doa dan Semangat buat arwah Isteri saya(Fatimah Binti Ismil).”

Allah lebih menyayangi arwah isteri saya

“Tidak lupa yang sudi menghulurkan bantuan buat saya dan keluarga. Tidak ada apa yang mampu saya balas melainkan mendoakan agar Allah Swt mempermudahkan urusan Dunia dan Akhirat Tuan/Puan semua.”

“Allah lebih menyayangi arwah Isteri saya(Fatimah Binti Ismil) Walaubagaimanapun saya sentiasa membayangkan seakan arwah Isteri saya(Fatimah Binti Ismil) akan selalu berada disamping saya.”

Banyak hal yang saya belum tunaikan sebagai suami kepadamu

“Buatmu Bidadari Syurgaku, By doakan sayang kuat di alam sana, ditempatkan dikalangan para muslimah solehah, sentiasa melihatku dari Sana.”

“Banyak hal yang belum by tunaikan sebagai Suami kepadamu. By sayang Fatimah Binti Ismil dunia dan akhirat.”


Ku iringi pemergianmu dengan memakai baju pernikahan kita

“Tarikh 12/04/2021 Bergaun Putih Cantik Aku Menikahi mu Sayang. Pada 27/08/2021 Berkafan kain putih Dirimu meninggalkan ku Sayang.”

“Ketahuilah ku iringi kepergianmu memakai Baju Pernikahan kita agar Dirimu Tahu Untuk Selamanya Fatimah Binti Ismil adalah Bidadariku.”

Semoga keluarga diberikan kekuatan 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan perkongsian kisah lelaki ini.

Mereka juga turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan mendoakan agar keluarga diberikan kekuatan menempuh dugaan ini.

Mereka juga berdoa agar Allahyarham isterinya, Fatimah binti Ismil ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.