Tak boleh dinafikan memang bahawa hospital seringkali mempunyai cerita menyeramkan sama ada ia berkait dengan makhluk halus atau hal lain.
Kisah seram di hospital boleh dikategorikan dengan pelbagai jenis contohnya penampakkan kelibat, terdengar bunyi suara tangisan, peralihan barang ke tempat yang lain ataupun perkara-perkara aneh yang lain.
Namun, kisah kali ini lain daripada yang lain apabla seorang ‘frontliner’ yang juga dikenali sebagai Dr Gaafor Mubarak mendedahkan sebuah kisah mengenai seorang pesakit yang menghampiri saat-saat kematiannya.
Menerusi satu video yang tular di applikasi Tiktok @drgafoor, seorang doktor menceritakan semula pengalaman beliau bercakap dengan seorang pesakit di ICU.
Merupakan seorang pakar bedah Bariatrik, Dr Gafoor mengakui dia gemar untuk berada bersama pesakit di saat-saat akhir mereka.
Dia menceritakan bagaimana seorang pakcik itu ‘meramal’ kejadian seterusnya, sebelum beliau meninggal.
Pakcik tua itu sempat memaklumkan pada Dr Gafoor bahawa akan ada accident dimana 2 orang meninggal, 1 orang selamat dimana yang selamat itu adalah anakya.
“Dr, ada accident. 2 orang meninggal, 1 orang selamat. Anak dia selamat” – kata pakcik itu.
Sebelum itu, dia turut memberitahu bahawa dia kesejukkan dan Dr Gafoor menenangkan pakcik itu dengan memberikan dia selimut.
Pada awalnya Dr Gafoor mengakui dia tidak memahami maksud pakcik tua tersebut. Namun kejadian pelik berlaku apabila kira setengah jam kemudian, ambulans tiba di wad kecemasan.
Dr Gaafor dimaklumkan bahawa pesakit itu merupakan pesakit yang terlibat dengan kemalangan, iaitu seramai 3 orang. 2 orang meninggal dan 1 orang selamat, iaitu anaknya.
Video yang berdurasi 1 minit 9 saat itu setakat ini telah mencecah 341k tontonan, 40.9k tanda suka, 700 komen dan 548 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, Rata-rata kisah ini sangat menarik perhatian wrga netizen dan ada juga yang menyifatkan cara penyampaian Dr Gafoor membuatkan mereka meremang bulu roma!
“kita boleh anggap perkara macam ni beyond our level of understanding”
“Doktor mungkin terpilih untuk tahu benda-benda mistik.. kadang-kadang benda-benda di luar logik tapi kuasa Tuhan kan..”
“This is a story that i wanna listen. Thanks Dr”
“Seram, but doctorrrr… we want moreee”