Dua-dua Ada Gen Talasemia, Pasangan Kekasih Ini Menangis Terpaksa Batalkan Perkahwinan

Ramai pasangan yang ingin berkahwin tidak betul-betul faham tentang isu Talasemia dan kepentingannya pada masa depan.

Buat pengetahuan umum, Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

Namun pun begitu, ianya bukanlah merupakan satu penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia.

Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu pembawa gen talasemia (Talasemia minor) dan pesakit talasemia (Talasemia major). Pasangan yang mempunyai Talasemia disarankan untuk tidak berkahwin demi kesihatan anak kelak.

Sama juga dengan kisah yang tular di applikasi TikTok baru-baru ini dimana pasangan ini merupakan pembawa gen talesemia.

Menerusi satu video perkongsian @szasaccount, mereka menjalani hari terakhir bersama sebelum terpaksa memutuskan hubungan percintaan atas sebab-sebab tertentu.

“And this is the video of our last day as a couple”

“Please spread awareness about thalasemia” tulisnya sebagai kapsyen.

Difahamkan, selepas tiga tahun bercinta, mereka melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapati bahawa mereka adalah pembawa gen talesemia. Hal ini sama sekali akan mendatangkan risiko kepada anak-anak andai mereka berkahwin kelak.

“After 3 years of dating, we found out that we both have thalasemia minor”

Oleh yang demikian, mereka terpaksa akur untuk berpisah dan masing-masing bersetuju untuk ‘meraikan’ hari terakhir sebagai pasangan kekasih.

“After a long discussion, we decided to break up”

Walaupun berpisah adalah jalan penyelesaian, namun mereka mengakui hubungan persahabatan mereka masih akrab oleh kerana saling mngenali satu sama yang lain.

Dikatakan, wanita itu tetap menghadiri majlis perkahwinan keluarga bekas kekasihnya. Hal ini disebabkan mereka memutuskan hubungan percintaan dengan persetujuan bersama kerana menyedari tentang risiko masa hadapan andai mereka berkahwin kelak.

Siapa sangka video tersebut kini meraih 3.3M tontonan, 359.2k tanda suka, 7676 komen dan 12.7k perkongsian di laman TikTok.

@szasaccount please spread awareness about thalasemia #thalasemia #thalasemiaindonesia #breakup #fyp ♬ Pesan Terakhir – Lyodra

Rata-rata netizen mengakui turut berasa sedih dan menyifatkan mereka membuat keputuan yang berani dan matang demi masa depan anak-anaknya.

“i hope it’s a joke, but it’s not”


“thank you so much for making brave & wise decision”

“it’s all about mindset, principle and priority”

Ada juga segelintir netizen yang mendedahkan mereka juga mempunyai penyakit yang sama dan dalam masa yang sama tetap mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk pasangan ini.

Semoga kesedaran tentang talesemia ini dapat ditingkatkan dalam diri masyarakat agar tidak mendatangkan kesan yang buruk kelak.