[VIDEO] Serabut Habis Banyak Duit Baiki Kereta, Lelaki Ini Nekad Bakar Kereta Depan Rumah

Ramai yang tidak tahu bahawa kereta lama sememangnya mahal untuk dibaiki oleh kerana sudah tiada lagi keluaran yang baru dan menyebabkan alat gantinya sukar untuk diperoleh masa kini.

Bagi orang yang mampu membeli kereta keluaran baru pastinya tidak terjejas jika perkara ini berlaku kepada mereka, namun bagi yang tidak mampu pasti akan berasa buntu kerana sudah berhabis duit yang banyak tetapi kereta masih tidak boleh diguna pakai.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pemuda ini apabila jirannya telah nekad untuk membakar kereta Proton Wira dihadapan laman rumahnya kerana mendakwa sudah beratus ringgit dihabiskan untuk membaiki enjin kereta Wira tersebut.

Pemuda itu turut berkongsi Insta story jirannya yang melepaskan geram kepada kereta itu sebelum membakarnya.

“Itu cara dia. Haa barulah hidup, bakar enjin semalam tak hidup. Beratus-ratus aku habis, tak berduit. Buat hal lagi kau,”

Dalam pada itu, orang awam yang lalu di kawasan perumahan itu turut melihat kejadian yang berlaku disaat api sedang marak.

Daripada perkongsian tersebut, netizen menggangap lelaki yang membakar kereta tidak bertanggungjawab walaupun memahami bahawa itu adalah cara dia melepaskan geram.

Kemungkinan juga lelaki tersebut mengalami tekanan serta kemurungan sehingga dia sanggup berbuat begitu.

Namun netizen juga bimbang jika perkara itu akan menyusahkan orang lain sekiranya ada kebakaran yang merebak atau masalah lain yang akan berlaku seperti letupan kereta sehinga terkena pada jiran yang lain.

Disamping itu, ada yang mendakwa lelaki itu tidak bersyukur dengan pemberian tuhan sedangkan masih ramai orang diluar sana yang lebih susah.

“Allah bagi rezeki dia bakar macam tu je ibarat tak hargai pemberian Allah. Orang yang berkeluarga susah nak dapatkan kereta kemain payah dia dapat bakar macam tu”

Malah ada juga yang memberi idea lebih baik jika alat ganti kereta itu dijual daripada dibakar dan tidak mendapat keuntungan apa-apa.

“Daripada kau bakar baik jual sparepart kat kedai ada la keuntungan, kang menyusahkan orang nak kena padamkan api tu pulak.”

Video tular di laman Tiktok

@abejebat5145 Bakar Keta sebab dah banyak habis repair.#fyp #foryoupage #fypシ #malaysia #indonesia ♬ bunyi asal – AbeJebat