[VIDEO] Kek Tarik Duit Keras Kejung, Aksi Ganas Ayah Cuba Keluarkan Duit Buat Netizen Terhibur

Pasti ramai yang ingin membuat kejutan untuk insan tersayang bagi menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Pelbagai kejutan yang boleh kita lakukan seperti memberi hadiah, membuat jamuan makan serta memberi kek.

Sambutan ulang tahun ini merupakan salah satu penghargaan terhadap seseorang lebih-lebih lagi untuk ibu bapa kita walaupun ianya tidak boleh dibanding dengan pengorbanan mereka menjaga dan membesarkan kita.

Disebabkan kini orang ramai tidak dibenarkan berkumpul atau membuat jamuan bersama keluarga besar mereka, ramai yang menghadiahkan insan tersayang dengan ‘kek tarik duit’.

Boleh dikatakan, ‘kek tarik duit’ kini merupakan satu trend yang tengah hangat.

Sama seperti keluarga ini, siapa sangka kek tarik duit yang merangsang keterujaan ibu bapa mereka namun bertukar menjadi geram kerana duit yang diletakkan di dalam kek tersebut sukar untuk ditarik.

Menerusi video yang telah tular di tiktok itu, seorang gadis telah berkongsi momen sambutan ulang tahun kelahiran atuknya.

Keadaan yang pada mulanya masing-masing kelihatan teruja bertukar menjadi momen lucu buat mereka sekeluarga kerana kek yang ditempah itu seperti keras kejung.

Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur dengan perkongsian video tersebut adalah apabila kek itu juga dilihat tercabut daripada tapaknya apabila atuknya cuba menarik duit itu kerana kek tersebut terlampau keras.

Malah, anak-anaknya juga cuba membantu menarik duit tersebut namun masing-masing tidak berjaya. Duit yang ditarik, kek yang tercabut.

Mereka sekeluarga cuba untuk bersangka baik tentang perkara itu walaupun kejutan itu tidak menjadi, mungkin ada sedikit kesilapan di dalam bancuhan kek tersebut sehingga menyebabkan ia keras.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan, 58k tanda like dan 3.9K komen. Rata-rata netizen turut berasa terhibur melihat aksi atuknya yang geram menarik duit itu ketika majlis sambutan ulangtahunnya.

“Tu dah tak tarik, tu kira rentap hahaha” komen netizen.

“Atok dah geram part last tu. Macam tarik ubi kayu je haha maaf tergelak sebab saya pun kalau macam tu mesti la geramm. cian orang nak tarik”

Video tular di Tiktok

@hanahadieya akibat nak kek tarik duit..😅😅😅😅kek keras kekung🤣🤣happy besday aki..#fypシ #viraltiktok #suprisetakjadi😅 ♬ Oh No – Kreepa