[VIDEO] Semalam KFC, Hari Ini Agong Hulur Sendiri McD Depan Istana

Jika semalam KDYMM Baginda Agong membelanja petugas media makanan dari restoran makanan segera KFC, hari ini baginda berkenan untuk membelanja mereka semua makanan dari restoran McDonald. Belanja makanan lagi kepada wartawan Kali ini, baginda sendiri telah mencemar duli memberikan makanan tersebut bersama pegawai-pegawai istana kepada petugas media di pintu masuk Istana negara. Hulur sendiri McD [...]

Dari beberapa hari lepas lagi berpuluh wartawan dan pihak media telah berkampung di hadapan Istana Negara untuk mendapatkan berita terbaru tentang kerajaan tanah air..

Pengumuman ura-ura wujudnya kerajaan baharu dan hari ini kita digemparkan pula dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Ada wartawan dan pihak media yang sanggup berlapar dan hanya beralaskan makanan ringan.

Pengorbanan mereka semata-mata mahu mendapatkan berita tentang pergolakan kerajaan yang masih belum selesai sekarang.

Menerusi laman Twitter, Zaim Zamani berkongsi video di mana pihak Istana Negara yang sangat prihatin dan hargai pengorbanan pihak media telah memberikan makanan kepada mereka berupa KFC.

Namun berbeza pula hari ini apabila KDYMM Baginda Agong sendiri turun dan memberikan makanan kepada petugas medi.

Menerusi video yang dikongsikan, baginda berkenan untuk membelanja mereka semua makanan dari restoran McDonald.

Belanja petugas media

Video rakaman tersebut diperoleh daripada Astro Awani di laman Facebook. Turut kelihatan, baginda menghulurkan sendiri bungkusan kepada wartawan di lokasi bagi mereka menikmati set makanan tersebut.

Rentetan daripada itu, rata-rata netizen dan seluruh rakyat Malaysia yang menonton video tersebut telah meninggalkan komen yang positif diatas tindakan KDYMM Agong.

Malah, mereka juga menyatakan contoh teladan yang ditunjukkan baginda bukan sahaja dapat memupuk rasa hormat-menghormati malahan membuatkan rakyat bertambah sayang kepada pucuk kepimpinan KDYMM baginda Agong.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

“Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh hari ini.”

“Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1.00 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Pada hari yang sama, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sehingga Perdana Menteri ke-8 dilantik.