[VIDEO] Muhyiddin Sujud Syukur, Tadah Tangan Berdoa Selepas Dilantik PM Ke-8

Sejurus diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucupkan sujud syukur di atas pemilihannya. Menerusi sebuah video yang berdurasi 0.26 saat, Muhyiddin Yassin dilihat bersujud dan menadah tangan berdoa. Beliau telah diumumkan sebagai Perdana Menteri setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) [...]

Hari ini segala kekusutan politik akhirnya terlerai apabila Seri Paduka Baginda YDP AGong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sejurus diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucupkan sujud syukur di atas pemilihannya.

Menerusi sebuah video yang berdurasi 50 saat, Muhyiddin Yassin dilihat bersujud dan menadah tangan berdoa.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diumumkan sebagai Perdana Menteri setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu dibuat selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.

Tan Sri Muhyiddin berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta’zim dan merupakan salah seorang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan isteri iaitu Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.

Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 September 1972 dan hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman, mereka telah dikurniakan 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan, iaitu Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (berkahwin dengan Datin Fara Nadia Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (berkahwin dengan Dato’ Sri Muhamad Adlan Berhan); Najwa Mahiaddin, (berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui), seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin.

“Tan Sri Muhyiddin sujud syukur saat diumumkan menjadi PM-8. Alhamdulillah!”

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada jam 10.30 pagi esok di Istana Negara.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Tan Sri Muhyiddin Yassin.